awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: AS tidak akan kembali ke perintah berkurung - Dr Fauci

Astro Awani
Astro Awani
02/08/2021
01:22 MYT
COVID-19: AS tidak akan kembali ke perintah berkurung - Dr Fauci
Dr Fauci berkata, bilangan rakyat Amerika yang sudah divaksin mencukupi untuk mengelakkan perintah berkurung dilaksanakan. - Gambar fail
AMERIKA Syarikat (AS) tidak akan kembali kepada perintah berkurung untuk membendung COVID-19.
Bagaimanapun, pada masa sama, pakar penyakit berjangkit terkemuka Dr Anthony Fauci memberi amaran, keadaan akan menjadi lebih buruk susulan varian Delta yang menyebabkan lonjakan kes, terutamanya dalam kalangan individu belum divaksin.
Katanya ketika ditemu bual stesen penyiaran ABC pada Ahad, bilangan rakyat Amerika yang sudah divaksin mencukupi untuk mengelakkan perintah berkurung dilaksanakan.
"Tidak cukup untuk melawan wabak sepenuhnya, tetapi cukup untuk mengelak kita daripada menempuhi pengalaman ketika musim sejuk yang lalu," katanya.
Purata kes koronavirus baharu yang dilaporkan di seluruh AS meningkat hampir dua kali ganda dalam masa 10 hari lalu, menurut analisis Reuters.
Walaupun negeri-negeri tidak mengenakan perintah berkurung, penyebaran varian Delta masih boleh mengancam ekonomi.
Tambah Dr Fauci, terdapat 100 juta individu yang layak menerima vaksin namun tidak berbuat demikian.
Lonjakan kes varian Delta yang kini mendominasi dunia mendorong sekatan pergerakan, khususnya di Asia seperti Filipina, Thailand dan Vietnam.
Walaupun vaksin masih sukar diperolehi di beberapa bahagian dunia, AS telah melakukan pelbagai insentif untuk meningkatkan kadar vaksinasi di negara itu.
Antaranya termasuk pemberian hadiah wang tunai, kereta baharu dan beberapa insentif lain, namun ia dilihat gagal memotivasikan lebih satu pertiga penduduk yang masih belum mendapatkan vaksin.
Kira-kira 58 peratus rakyat Amerika telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Anthony Fauci
#perintah berkurung
#penyakit berjangkit
#koronavirus
#COVID-19
#ekonomi
#bank
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan