awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Trump isytihar 'bencana besar' di New York

Nailah Huda
Nailah Huda
21/03/2020
04:02 MYT
COVID-19: Trump isytihar 'bencana besar' di New York
Sekitar 6th Avenue di Manhattan, New York, kelihatan lengang pada 20 Mac 2020. REUTERS.
PRESIDEN Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan New York sedang menghadapi bencana besar susulan pandemik COVID-19.
Langkah itu membenarkan kerajaan persekutuan menyalurkan bantuan kepada bandar raya itu yang kini mencatat kes positif koronavirus tertinggi di Amerika.
Kata Datuk Bandar New York Bill de Blasio pada Jumaat, bandar itu merupakan pusat penyebaran COVID-19 di seluruh negara itu.
Senator negeri itu, Chuck Schumer menerusi Twitter menggesa agar Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan (FEMA) bantu menyalurkan berbilion dolar kepada warga New York dalam berdepan dengan wabak COVID-19.
Negeri berkenaan kini mencatat 7,845 kes positif dan sekurang-kurangnya 42 kematian akibat virus tersebut, menurut laporan media tempatan NBC News.
Pada masa yang sama, Gabenor New York Andrew Cuomo telah menandatangani Arahan Eksekutif untuk menutup semua premis swasta kecuali yang diiktiraf penting.
Today I signed an Executive Order directing ALL non-essential business statewide to close in-office functions effective on Sunday at 8PM. Here is the list of essential businesses & services excluded from the order: https://t.co/iKMf5Sd7ae
— Andrew Cuomo (@NYGovCuomo) March 20, 2020
Setakat ini, Amerika Syarikat mencatat 18,845 kes positif COVID-19 dan 237 kematian melibatkan virus tersebut.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Andrew Cuomo
#China
#coronavirus
#COVID-19
#Donald Trump
#koronavirus
#New York
#WHO
#Wuhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan