awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: United Kingdom tolak desakan kembalikan sekatan

Astro Awani
Astro Awani
21/10/2021
01:00 MYT
COVID-19: United Kingdom tolak desakan kembalikan sekatan
Sajid Javid bercakap kepada media di Downing Street, London, 20 Okt, 2021. (Foto AP)
SETIAUSAHA Kesihatan United Kingdom (UK) Sajid Javid menolak desakan pakar perubatan untuk mengembalikan sekatan COVID-19 bagi mengekang kenaikan kes jangkitan.
Sebaliknya, beliau menekankan, rakyat perlu patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) dan kekal berjaga-jaga.
Javid bagaimanapun memberi amaran, sekatan hanya akan dikembalikan jika rakyat enggan divaksin.
Amaran ini dibuat ketika wujud kebimbangan akan ada peningkatan kes jangkitan COVID-19 menjelang musim sejuk.
"Kita tidak boleh bersikap lewa apabila COVID-19 kekal menjadi ancaman. Sejak program vaksinasi bermula musim sejuk lepas, kita seperti dalam satu perlumbaan, perlumbaan antara vaksin dan virus.
"Dan walaupun kita menang ketika ini, jaraknya semakin mengecil. Kita sudah berjaya ke tahap ini, terima kasih kepada usaha ramai pihak.
"Tetapi, dengan musim sejuk semakin menghampiri, kita tidak boleh menggagalkannya sekarang," kata Javid di London pada Rabu.
COVID-19 | UK tolak desakan kembalikan sekatan
Kenyataan itu juga dibuat ketika kerajaan negara itu mendesak jutaan rakyatnya mendapatkan suntikan penggalak.
Ketika ini 80 peratus populasi berusia 12 tahun dan ke atas sudah menerima dua dos vaksin COVID-19 sementara jutaan lagi ditawarkan suntikan dos penggalak.
Bagaimanapun, pihak berkuasa mendakwa program suntikan penggalak berjalan agak perlahan.
Topic Berkaitan
#United Kingdom
#SOP
#sekatan pergerakan
#Sajid Javid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan