awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Universiti Oxford mula percubaan vaksin pada kanak-kanak

Astro Awani
Astro Awani
14/02/2021
23:44 MYT
COVID-19: Universiti Oxford mula percubaan vaksin pada kanak-kanak
Universiti Oxford buat julung kalinya akan melancarkan kajian baharu bagi menilai tahap keselamatan vaksin keluarannya bersama AstraZeneca pada kanak-kanak.
LONDON:Universiti Oxford buat julung kalinya akan melancarkan kajian baharu bagi menilai tahap keselamatan vaksin keluarannya bersama AstraZeneca pada kanak-kanak.
Universiti itu dalam satu kenyataan berkata percubaan itu akan menilai tindak balas imun pada kanak-kanak pada julat usia 6 hingga 17 tahun, lapor CBS News.
Kira-kira 300 sukarelawan telah mendaftar dan dijangka mendapat inokulasi pertama bulan ini.
Dalam kajian rawak, sekitar 240 peserta akan menerima vaksin COVID-19, sementara kumpulan kawalan akan menerima vaksin meningitis yang selamat untuk kanak-kanak dan menghasilkan reaksi yang serupa.
"Walaupun kebanyakan kanak-kanak tidak terjejas oleh jangkitan koronavirus dan tidak mungkin jatuh sakit akibat jangkitan, penting untuk memastikan keselamatan dan tindak balas imun terhadap vaksin pada golongan ini kerana ada kalangan mereka mungkin mendapat manfaat daripada vaksinasi.
"Percubaan baharu ini akan memperluas pemahaman kita mengenai kawalan SARS-CoV-2 kepada kumpulan usia yang lebih muda," kata ketua penyiasat percubaan Andrew Pollard.
Sejumlah vaksin, termasuk formula Oxford/AstraZeneca dan Pfizer serta Moderna telah menunjukkan keberkesanan dalam mencegah jangkitan simptomatik.
Data baharu dari Oxford awal bulan ini juga memberikan bukti pertama bahawa vaksinnya bukan sahaja dapat mencegah daripada jatuh sakit akibat COVID-19, tetapi dapat membantu mengurangkan penularannya secara besar-besaran dalam masyarakat.
Topic Berkaitan
#Universiti Oxford
#Vaksin kepada kanak-kanak
#inokulasi
#Andrew Pollard
#AstraZeneca
#Pfizer
#Moderna
#jangkitan simptomatik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan