[TERKINI] Polis Kenal Pasti 50 Peserta Program Motivasi eHati – Amaran Tangkapan Jika Enggan Bekerjasama – Ikuti Perkembangan Di Sini
DUNIA

COVID-19: Vaksin perlu dapat diakses semua penduduk dunia - PBB

Khairunnisa Kasnoon 18/12/2020 | 21:15 MYT
Antonio Guterres menyampaikan ucapan di Parlimen Bundestag di Berlin, Jerman, 18 Dis, 2020. REUTERS
SETIAUSAHA Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres menekankan, dunia perlu memastikan vaksin tersedia kepada semua penduduk dunia.

Tegasnya, ketika negara kaya melancarkan vaksin buat penduduknya, penting juga untuk memastikan vaksin turut tersedia dan mampu dimiliki semua tidak kira di mana sahaja.

Dalam ucapannya di Parlimen Jerman pada Jumaat, beliau turut memuji para penyelidik dari syarikat Jerman BioNTech yang bekerjasama dengan syarikat Amerika Syarikat Pfizer bagi meletakkan vaksin pertama secara menyeluruh di pasaran.

Katanya, setiap warga Jerman harus berbangga dengan pencapaian mereka.

"Cabaran kita sekarang ialah untuk memastikan vaksin dijadikan barangan umum - boleh dan mampu diakses oleh semua orang di mana sahaja.

“Ia vaksin milik semua.”

Pada masa sama katanya, PBB juga komited menyalurkan berita dan nasihat yang dipercayai orang ramai selain berusaha membina keyakinan terhadap vaksin yang dibangunkan berdasarkan sains dan fakta.

Antara lain, Guterres turut memuji kecekapan dan kepimpinan Canselor Jerman Angela Merkel dalam menangani pandemik itu.
#Angela Merkel #PBB #Parlimen #Jerman #pandemik #COVID-19 #Antonio Guterres #vaksin