[LAPOR LANGSUNG] Inkues Zara Qairina – Kemas Kini Terkini & Fakta Penting – Ikuti Di Sini.
DUNIA

COVID-19: Vaksin Pfizer/BioNTech berkesan terhadap mutasi varian baharu - Kajian

Astro Awani 09/01/2021 | 01:36 MYT
Vaksin keluaran Pfizer Inc dan BioNTech's dilihat mampu memberi perlindungan daripada mutasi varian baharu COVID-19 yang dikenal pasti di United Kingdom (UK) dan Afrika Selatan. -Gambar fail/Reuters
VAKSIN keluaran Pfizer Inc dan BioNTech's dilihat mampu memberi perlindungan daripada mutasi varian baharu COVID-19 yang dikenal pasti di United Kingdom (UK) dan Afrika Selatan.

Kajian makmal oleh pengeluar ubatan Amerika Syarikat (AS) dan saintis Universiti Texas Cawangan Perubatan itu menunjukkan vaksin itu berkesan meneutralkan virus dengan mutasi N501Y itu yang bertanggungjawab atas penularan besar-besaran ketika ini.

Kajian itu dilakukan melalui sampel darah mereka yang telah diberi vaksin berkenaan.

Dapatannya bagaimanapun agak terhad kerana ia tidak merangkumi keseluruhan bentuk mutasi dalam mana-mana varian baharu virus yang kian tersebar.

BACA: Varian Afrika Selatan lebih bahaya, sukar dikesan ujian saringan - Pakar

BACA: Varian baharu dari Afrika Selatan dikesan di Jepun

BACA: Larangan perjalanan ke Afrika Selatan susulan varian baharu

Presiden Afrika Selatan umum kembali sekatan COVID-19 susulan varian baru

#Pfizer #BioNTech #varian baharu #COVID-19 #Afrika Selatan #United Kingdom #perubatan #N501Y #sampel darah