awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PRK Kinabatangan: 43.23 peratus keluar mengundi setakat 1 tengah hari - SPR
Senarai baharu barangan SARA akan dikemas kini sebelum Ramadan
PM Anwar sangkal dakwaan Malaysia beri 5,207 hektar tanah kepada Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Vaksin Sputnik V mula diberikan kepada warga emas Moscow

Agensi
Agensi
28/12/2020
21:24 MYT
COVID-19: Vaksin Sputnik V mula diberikan kepada warga emas Moscow
Media tempatan melaporkan golongan warga emas menerima suntikan tersebut pada Isnin di Moscow. -Foto AP
MOSCOW:Moscow meneruskan program vaksinasi dengan mengedarkan vaksin yang dihasilkan negaranya kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas.
Pengedaran vaksin berkenaan dibuat selepas Kementerian Kesihatan Rusia meluluskan penggunaannya kepada golongan itu.
Awal bulan ini, program vaksinasi COVID-19 dimulakan di Rusia dengan pemberian suntikan Sputnik V yang masih melalui proses kajian mendalam bagi memastikan keberkesanan dan keselamatannya.
Petugas barisan hadapan seperti doktor dan guru antara penerima awal vaksin tersebut dan pada Sabtu, mereka yang berusia antara 18 hingga 60 tahun dibenarkan menerima vaksin.
Media tempatan melaporkan golongan warga emas menerima suntikan tersebut pada Isnin di Moscow.
Dalam perkembangan berasingan, peraturan proses daftar masuk baharu di hotel-hotel di Moscow diumumkan.
Ia termasuk pelanggan yang tiba di hotel perlu menunjukkan keputusan negatif COVID-19 sebelum dibenarkan daftar masuk.
Setakat ini, pihak berkuasa mengesahkan negara itu merekodkan lebih tiga juta kes dengan lebih 55,000 kematian.
Topic Berkaitan
#Moscow
#COVID-19
#Rusia
#warga emas
#Sputnik V
#program vaksinasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan