awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Vietnam lanjut sekatan susulan peningkatan kes

Astro Awani
Astro Awani
31/07/2021
23:14 MYT
COVID-19: Vietnam lanjut sekatan susulan peningkatan kes
Petugas kesihatan menunggu giliran untuk disuntik vaksin AstraZeneca di Hospital Hai Duong. - Foto REUTERS
HANOI: Vietnam melanjutkan sekatan pergerakan di Ho Chi Minh serta 18 bandar dan wilayah lain di bahagian selatan selama dua minggu lagi.
Lanjutan ini berkuatkuasa Isnin untuk membantu memerangi wabak COVID-19.
Vietnam mencatatkan 145,000 kes dengan 1,306 kematian dan 85 peratus dicatatkan sepanjang bulan lalu.
Kerajaan dalam satu kenyataan menggesa rakyatnya di bandar Ho Chi Minh dan wilayah lain agar mematuhi sekatan pergerakan tersebut.
Negara di Asia Tenggara itu melaporkan 8,624 kes pada Sabtu dengan kebanyakan kes dikesan di selatan terutamanya Ho Chi Minh di mana langkah sekatan telah dikuatkuasakan sejak 31 Mei.
Jurucakap kerajaan Vietnam menjangkakan tempoh masa berbulan diperlukan untuk membendung wabak di daerah itu.
COVID-19 | Vietnam lanjut sekatan susulan peningkatan kes
Bandar Ho Chi Minh kini merupakan pusat jangkitan di Vietnam, menyumbang 64 peratus daripada jumlah jangkitan di negara itu.
Bandar pesisir Danang juga mengenakan sekatan pergerakan bermula Sabtu.
Di ibu kota Hanoi, perintah sekatan pergerakan akan berakhir pada hujung minggu depan namun pihak berkuasa sedang mempertimbangkan untuk melanjutkan sekatan.
Kementerian Kesihatan Vietnam mengeluarkan rayuan menggesa agar hospital swasta merawat pesakit COVID-19 kerana tekanan kemasukan pesakit di hospital kerajaan meningkat.
Lonjakan virus di negara itu mendorong kerajaan mempercepatkan program vaksinasi.
Vietnam kini menggunakan vaksin AstraZeneca dan Sinovac.
Vietnam mempunyai populasi 98 juta dan setakat ini telah memberikan lebih daripada 5.9 juta dos vaksin COVID-19, tetapi hanya sekitar 589,000 orang telah diinokulasi sepenuhnya.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#sekatan pergerakan
#Ho Chi Minh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan