awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang Asli tidak terpinggir proses pendigitalan perkhidmatan - Shamsul Anuar
Lelaki maut 'terjun' dari kereta dipandu teman wanita
Dakwaan Malaysia serah 5,207 hektar tanah kepada Indonesia suatu penipuan - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Vietnam perlu bersedia untuk 30,000 kes - Kerajaan

Agensi
Agensi
28/01/2021
10:25 MYT
COVID-19: Vietnam perlu bersedia untuk 30,000 kes - Kerajaan
Sebelum ini, Vietnam berjaya mengekalkan jumlah kes positif keseluruhan bawah 1,600 dengan angka kematian sebanyak 35. Foto - REUTERS
VIETNAM perlu bersiap sedia untuk mendepani 30,000 kes baharu COVID-19, lapor media kerajaan negara itu yang memetik Ketua Jawatankuasa COVID-19, Vu Duc Dam.
Negara itu menyaksikan kes harian tertinggi pada Khamis iaitu sebanyak 83, sekali gus mengakhiri 55 hari berturut-turut tanpa merekodkan kes penularan dalam komuniti.
Ketua Jawatankuasa COVID-19 merangkap Timbalan Perdana Menteri itu mengumumkan sebanyak 83 kes baharu dikesan di dua wilayah, Hai Duong dan Quang Ninh.
Memetik laporan media tempatan, daripada 83 kes positif itu, 72 merupakan kakitangan di syarikat Vietnam Poyun Electronics Co. Ltd. di Hai Duong manakala baki kes dipercayai dikesan di Lapangan Antarabangsa Van Don di Quang Ninh.
Kes-kes positif tersebut merupakan kontak rapat kepada kes indeks ke-1,552 dan ke-1,553 yang disahkan positif pada pagi Khamis.
Salah satu kes indeks itu terdedah kepada seorang individu yang diuji positif di Jepun dan mempunyai varian B117 COVID-19 yang pertama dikesan di United Kingdom.
“Kami berpandangan penularan wabak di Hai Duong akan menjadi lebih teruk berbanding di Danang,” kata Menteri Kesihatan Nugyen Thanh Long dalam mesyuarat tergempar hari ini.
Pada Julai lalu, sebuah kluster tercetus di bandar Danang yang tersebar ke beberapa wilayah lain sehingga menyebabkan kes kematian pertama negara itu.
Sebelum ini, Vietnam berjaya mengekalkan jumlah kes positif keseluruhan bawah 1,600 dengan angka kematian sebanyak 35.
Negara itu juga tersenarai sebagai negara kedua paling cekap mengurus pandemik COVID-19 dalam Indeks Prestasi COVID yang dikeluarkan oleh Lowy Institute hari ini.
Topic Berkaitan
#Vietnam
#COVID-19
#pandemik
#kluster
#Danang
#Hai Duong
#Quang Ninh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan