Croatia lapor kes pertama cacar monyet

Bernama
Jun 24, 2022 20:10 MYT
Dianggarkan, 2,500 kes cacar monyet telah dikesan di 35 negara setakat ini. - Gambar hiasan/REUTERS
ZAGREB: Hospital Penyakit Berjangkit Dr Fran Mihaljevic di Zagreb, Croatia melaporkan kes pertama jangkitan cacar monyet melibatkan seorang lelaki yang baru pulang selepas melawat Itali dan Sepanyol.
Lelaki itu tidak dimasukkan ke hospital sebaliknya menjalani kuarantin kendiri di rumah, lapor Agensi Berita Croatia (HINA), memetik penyiar HRT.
Cacar monyet sudah mula merebak di negara-negara di luar Afrika, dianggarkan 2,500 kes telah dikesan di 35 negara setakat ini.
-- BERNAMA
#Croatia #cacar monyet #kes pertama jangkitan #kuarantin kendiri