DUNIA
‘Cryptoqueen’ China bakal dihukum di UK atas penipuan bitcoin bernilai RM27.4 bilion
Wang yang diperoleh secara haram itu disimpan dalam bentuk aset bitcoin dan kemudian dipindahkan ke luar negara. - Foto X/vxdb
LONDON: Seorang wanita warga China yang digelar 'Cryptoqueen' dijangka dijatuhkan hukuman minggu ini di Mahkamah Tinggi London atas kesalahan pengubahan wang haram melibatkan simpanan bitcoin bernilai lebih £5 bilion (RM27.4 bilion), salah satu rampasan kripto terbesar dalam sejarah Britain.
Ringkasan AI
Zhimin Qian, 47, yang juga dikenali dengan nama samaran Yadi Zhang, melarikan diri dari China pada 2018 menggunakan dokumen palsu selepas didakwa menipu lebih 128,000 pelabur dalam skim Ponzi yang menyamar sebagai syarikat teknologi kesihatan dan perlombongan kripto.
Wang yang diperoleh secara haram itu disimpan dalam bentuk aset bitcoin dan kemudian dipindahkan ke luar negara.
Selepas menetap di sebuah rumah agam mewah di Hampstead, London, Qian menjalani kehidupan mewah sambil mengelak daripada dikesan pihak berkuasa.
Polis Metropolitan akhirnya menyerbu kediamannya pada 2024 dan merampas bitcoin bernilai lebih AS$6 bilion (RM25 bilion), rampasan tunggal terbesar dalam sejarah kripto UK.
Qian telah mengaku bersalah atas tuduhan memiliki dan memperoleh harta jenayah.
Beliau kini berdepan hukuman penjara sehingga 14 tahun.
Menurut laporan BBC, mangsa penipuan berharap agar sebahagian dana dapat dipulangkan melalui proses undang-undang di UK, walaupun sebahagian besar aset yang tidak dituntut mungkin akan diserahkan kepada Perbendaharaan Britain.
Ringkasan AI
- 'Cryptoqueen' warga China dijangka dijatuhkan hukuman minggu ini di Mahkamah Tinggi London atas kesalahan pengubahan wang haram melibatkan bitcoin bernilai lebih 5 bilion pound.
- Zhimin Qian, yang melarikan diri dari China selepas didakwa menipu pelabur dalam skim Ponzi, diserbu polis di London dan bitcoin bernilai AS$6 bilion dirampas.
- Qian mengaku bersalah dan boleh dihukum penjara sehingga 14 tahun; mangsa penipuan berharap sebahagian dana dapat dipulangkan melalui proses undang-undang di UK.