DUNIA
Cuaca buruk landa Tokyo, 1 maut
Hujan lebat mencetuskan banjir kilat, gangguan elektrik dan pemindahan lebih 1,200 isi rumah di Setagaya. -Gambar fail/AP
TOKYO: Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam kejadian hujan lebat dan angin kencang yang melanda kawasan metropolitan Tokyo pada petang Rabu, menurut pihak berkuasa tempatan.
Ringkasan AI
Insiden berlaku di Terminal Kontena di Daerah Ota apabila beberapa kontena yang disusun bertingkat runtuh akibat tiupan angin kuat.
Mangsa berusia lingkungan 40-an dilapor sedang mengendalikan jentera berat ketika kejadian dan disahkan meninggal dunia di lokasi.
Rakan sekerjanya yang berusia 60-an mengalami kecederaan namun dilaporkan stabil selepas menerima rawatan di hospital.
Agensi Meteorologi Jepun (JMA) melaporkan hujan rekod sebanyak 92.0 milimeter dalam tempoh sejam di Daerah Setagaya dan 88.5 milimeter di Ota, menjadikan ia antara yang tertinggi pernah direkodkan di kawasan tersebut.
Beberapa sungai termasuk Sungai Yazawa dan Sungai Tachiai dilaporkan melimpah, menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan kediaman dan komersial.
Lebih 1,200 isi rumah di Setagaya diarahkan berpindah sebagai langkah berjaga-jaga.
Gangguan bekalan elektrik turut berlaku, dengan lebih 7,000 kediaman terjejas sebelum bekalan dipulihkan secara berperingkat menjelang malam.
Perkhidmatan pengangkutan awam turut terjejas, termasuk perkhidmatan kereta api laju Shinkansen di antara Tokyo dan Kanagawa yang digantung sementara, menjejaskan kira-kira 100,000 penumpang.
Lapangan Terbang Haneda turut mengalami kelewatan dan pembatalan penerbangan akibat kilat dan hujan lebat.
Pihak berkuasa kini sedang memantau keadaan cuaca yang dijangka terus tidak menentu, dan menasihatkan orang ramai agar kekal berjaga-jaga serta mengikuti arahan keselamatan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.
Ringkasan AI
- Seorang lelaki maut dan seorang lagi cedera apabila kontena runtuh akibat angin kencang di Terminal Kontena, Daerah Ota, Tokyo.
- Hujan lebat mencetuskan banjir kilat, gangguan elektrik dan pemindahan lebih 1,200 isi rumah di Setagaya.
- Perkhidmatan Shinkansen dan penerbangan di Lapangan Terbang Haneda turut terjejas, dengan pihak berkuasa terus memantau cuaca tidak menentu.