[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
DUNIA

Cuaca buruk Sri Lanka: Hampir 6,000 terjejas, lebih 50,000 gangguan bekalan elektrik

Bernama 31/05/2025 | 08:43 MYT
DMC memaklumkan seramai 5,974 orang daripada 1,579 keluarga terjejas akibat cuaca ekstrem, manakala 1,545 rumah mengalami kerosakan. - X: @AzzamAmeen
COLOMBO: Hampir 6,000 penduduk terjejas akibat cuaca buruk yang melanda Sri Lanka setakat pagi Sabtu, menurut laporan terkini Pusat Pengurusan Bencana (DMC) negara itu, lapor Xinhua.
DMC memaklumkan seramai 5,974 orang daripada 1,579 keluarga terjejas akibat cuaca ekstrem, manakala 1,545 rumah mengalami kerosakan.
Sementara itu, Lembaga Elektrik Ceylon (CEB) yang dikendalikan kerajaan melaporkan lebih 50,000 gangguan bekalan elektrik di seluruh negara setakat 8 malam Jumaat.
Jabatan Meteorologi Sri Lanka pada Sabtu turut mengeluarkan amaran bahawa hujan lebat dan angin kencang dengan kelajuan antara 30 hingga 40 kilometer sejam dijangka berlanjutan dalam tempoh 24 jam akan datang.
Penduduk turut dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengurangkan risiko kerosakan akibat angin kencang dan ribut petir.
-- BERNAMA
#Sri Lanka #cuaca buruk #penduduk terjejas #gangguan bekalan elektrik