DUNIA
Cuaca ekstrem: Bandaraya New York dan New Jersey diisytihar darurat
Laluan trafik terjeas di Pulau Staten, New York susulan cuaca ekstrem di beberapa bandar di bahagian pantai timur negara Uncle Sam berkenaan. - Gambar/ REUTERS
BANDARAYA New York dan New Jersey diisytihar darurat susulan taburan hujan tinggi mulai Khamis, lapor agensi berita Xinhua.
Ringkasan AI
Hujan lebat berterusan dan ribut petir turut dijangka di beberapa kawasan termasuk Washington-Philadelphia pada Khamis petang (waktu tempatan), menurut Perkhidmatan Cuaca Nasional.
“Saya menyeru warga New York untuk sentiasa berwaspada kerana taburan hujan yang tinggi dikhuatiri akan menyebabkan banjir kilat,” kata Gabenor New York, Kathy Hochul, dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Datuk Bandar New York, Eric Adams turut menyeru agar orang ramai mengelakkan diri daripada menggunakan jalan raya yang berkemungkinan dinaiki air.
Penduduk-penduduk yang menetap di bangunan tinggi turut dinasihatkan untuk mengelakkan memasuki ruang bawah tanah premis kediaman mereka.
Penerbangan udara turut terganggu akibat hujan lebat berterusan, dengan lapangan terbang di New York, New Jersey, Philadelphia dan Washington turut terjejas, menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan.
Ini mengakibatkan ribuan penerbangan dibatalkan dan ditunda, menurut FlightAware.com.
Amtrak pada Khamis turut mengumumkan perkhidmatan keretapi di antara Philadelphia, Washington dan
Delaware terpaksa dihentikan akibat landasan dilimpahi air.
Setakat ini, satu kematian melibatkan seorang kanak-kanak dilaporkan, selepas mangsa dipercayai teperangkap ketika banjir melanda.
Ringkasan AI
- Bandaraya New York dan New Jersey diisytihar darurat susulan hujan lebat berterusan dan ribut petir, dengan amaran banjir kilat dikeluarkan oleh pihak berkuasa cuaca dan pemimpin negeri.
- Gangguan besar terhadap perjalanan udara dan kereta api berlaku, termasuk ribuan penerbangan dibatalkan atau ditunda serta perkhidmatan Amtrak dihentikan akibat landasan dilimpahi air.
- Penduduk dinasihatkan elak kawasan berisiko seperti ruang bawah tanah dan jalan dinaiki air, manakala satu kematian melibatkan seorang kanak-kanak dilaporkan akibat banjir.
Hujan lebat berterusan dan ribut petir turut dijangka di beberapa kawasan termasuk Washington-Philadelphia pada Khamis petang (waktu tempatan), menurut Perkhidmatan Cuaca Nasional.
“Saya menyeru warga New York untuk sentiasa berwaspada kerana taburan hujan yang tinggi dikhuatiri akan menyebabkan banjir kilat,” kata Gabenor New York, Kathy Hochul, dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Datuk Bandar New York, Eric Adams turut menyeru agar orang ramai mengelakkan diri daripada menggunakan jalan raya yang berkemungkinan dinaiki air.
Penduduk-penduduk yang menetap di bangunan tinggi turut dinasihatkan untuk mengelakkan memasuki ruang bawah tanah premis kediaman mereka.
Penerbangan udara turut terganggu akibat hujan lebat berterusan, dengan lapangan terbang di New York, New Jersey, Philadelphia dan Washington turut terjejas, menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan.
Ini mengakibatkan ribuan penerbangan dibatalkan dan ditunda, menurut FlightAware.com.
Amtrak pada Khamis turut mengumumkan perkhidmatan keretapi di antara Philadelphia, Washington dan
Delaware terpaksa dihentikan akibat landasan dilimpahi air.
Setakat ini, satu kematian melibatkan seorang kanak-kanak dilaporkan, selepas mangsa dipercayai teperangkap ketika banjir melanda.

#cuaca ekstrem
#new york dan new jersey
#isytihar darurat
#penerbangan dibatalkan dan ditunda
#terkini