awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKDM Pulau Pinang serbu stor ladang sawit proses minuman keras
Menghampiri usia tujuh dekad, Lim masih teruja hias kampung sempena Tahun Baharu Cina
Singapura naikkan kadar VEP dan GVP bagi kenderaan berdaftar asing mulai 1 Jan 2027
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cuaca panas: Pesawah Filipina terbunuh dalam keganasan protes kemarau

Agensi
Agensi
01/04/2016
14:19 MYT
Cuaca panas: Pesawah Filipina terbunuh dalam keganasan protes kemarau
Pihak berkuasa Filipina cuba mengawal keadaan dan seterusnya membersihkan jalan yang dilalui kumpulan penunjuk perasaan di Kidapawan. - Foto AP
Polis Filipina melepaskan tembakan apabila ribuan penunjuk perasaan terdiri daripada petani dan pesawah yang marah akibat kehilangan hasil tanaman mereka akibat kemarau, bertukar menjadi protes ganas pada Jumaat.
Reuters yang memetik kata ketua kumpulan petani tersebut, Norma Capuyan, melaporkan bahawa tembakan polis itu mengorbankan seorang pesawah dan mencederakan beberapa yang lain.
Kira-kira 6,000 petani menghalang sebahagian daripada laluan lebuh raya utama di North Cotabato di Mindanao, sambil mendesak pemerintah mencari penyelesaian masalah cuaca panas yang menjejaskan hasil tanaman mereka.
“Bunyi tembakan berdas-das dan sangat kuat. Kami berlari mencari perlindungan di gereja dan polis mengepung kami,” ujar Capuyan yang menambah, selain seorang maut, ramai lagi cedera di kaki dan bahu.
Gabenor Wilayah North Cotabato, Emmylou Mendoza berkata, kira-kira 20 anggota polis turut cedera apabila penunjuk perasaan menyerang mereka dengan kayu dan batu, malah mendakwa tembakan pertama datangnya dari kumpulan petani tersebut.
Siasatan tentang perkara itu sedang dijalankan.
Protes berkenaan bermula Rabu apabila petani menghalang laluan lebuh raya, sambil mendesak agar Gabenor menunaikan janji menyerahkan 15,000 guni beras kepada petani yang terjejas.
Kementerian Pertanian Filipina mendedahkan sebanyak 300,000 hektar tanah pertanian terjejas akibat kemarau, dan menyebabkan kerugian sektor beras dan jagung sehingga 5.3 bilion Peso (RM447 juta) .
Topic Berkaitan
#Cotabato
#cuaca panas
#El Nino
#pesawah maut dalam tunjuk perasaan
#protes kemarau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan