Skip to main content

Dunia

Cuaca panas terik dijangka landa sebahagian besar Jepun

71692247847_TBJAPANSUMMER.jpg
Cuaca panas dijangka melanda sebahagian besar negara itu, dengan amaran strok haba dikeluarkan di 31 wilayah dari Tokyo dan Chiba di rantau Kanto hingga Okinawa di barat daya Jepun. - Gambar/ AP
Advertisement

TOKYO: Cuaca panas terik dijangka melanda sebahagian besar kawasan barat dan timur Jepun pada Isnin, dengan orang ramai dinasihatkan supaya lebih berwaspada terhadap strok haba, lapor Xinhua.

Menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA), cuaca panas dijangka melanda sebahagian besar negara itu, dengan amaran strok haba dikeluarkan di 31 wilayah dari Tokyo dan Chiba di rantau Kanto hingga Okinawa di barat daya Jepun.

JMA meramalkan suhu maksimum pada siang hari mencecah 39 darjah Celsius di bandar Hita, Wilayah Oita, manakala 38 darjah Celsius dijangka direkodkan di beberapa bandar termasuk Saga, Yamaguchi dan Nara.

Suhu turut dijangka meningkat di beberapa kawasan di Wilayah Kumamoto, dengan suhu maksimum pada siang hari diramal mencecah 38 darjah Celsius di bandar Kumamoto, 37 darjah Celsius di Amakusa dan 36 darjah Celsius di Hitoyoshi.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 

Must Watch Video

Advertisement