DUNIA
Cuba sahkan 32 pegawai tentera terbunuh dalam serangan AS ke atas Venezuela
Sebuah bangunan rosak dalam serangan AS ke atas Venezuela, ketika Presiden Nicolas Maduro dan isterinya, Cilia Flores, ditahan, di Catia La Mar, Venezuela, 4 Jan 2026. -Foto fail/Reuters
HAVANA: Kerajaan Cuba mengesahkan seramai 32 pegawai tenteranya terbunuh dalam satu operasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat (AS) di Venezuela hujung minggu lalu, menjadikannya pengakuan rasmi pertama mengenai korban dari Havana sejak insiden itu berlaku.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Menurut kenyataan yang disiarkan menerusi televisyen negara pada malam Ahad, pegawai tentera dan polis terbabit sedang melaksanakan misi atas permintaan kerajaan Venezuela ketika serangan berlaku.
Butiran lanjut mengenai operasi tersebut tidak didedahkan, namun Cuba dan Venezuela diketahui mempunyai hubungan strategik yang erat sejak sekian lama, termasuk kerjasama dalam bidang keselamatan dan ketenteraan.
“Negara berkabung atas kehilangan wira-wira kami yang gugur dalam menjalankan tugas solidariti,” kata jurucakap Kementerian Luar Cuba sambil mengumumkan dua hari berkabung rasmi di seluruh negara.
Insiden itu berlaku susulan tindakan pasukan khas AS yang menahan Presiden Venezuela, Nicolas Maduro, dalam satu operasi yang mencetuskan kecaman hebat daripada sekutu-sekutu Caracas.
Ribuan rakyat Cuba dan Venezuela dilaporkan turun ke jalanan bagi membantah apa yang mereka anggap sebagai pencabulan kedaulatan negara.
Sementara itu, laporan media AS menyatakan bahawa operasi tersebut dilaksanakan tanpa kelulusan rasmi Kongres, mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan ahli politik.
Wakil Demokrat Stephen Lynch menyifatkan tindakan itu sebagai “satu bentuk pengisytiharan perang”, manakala pihak Republikan pula mempertahankan tindakan tersebut sebagai “kepimpinan berani” dalam menangani ancaman antarabangsa.
Pemerhati geopolitik menjangkakan ketegangan antara Washington dan Havana akan terus memuncak susulan insiden ini, dengan kemungkinan tindakan balas diplomatik atau ketenteraan daripada pihak Cuba dan sekutunya.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Kerajaan Cuba mengesahkan 32 pegawai tenteranya terbunuh dalam operasi AS di Venezuela, menjadikan pengakuan rasmi pertama sejak insiden berlaku.
- Cuba dan Venezuela mempunyai hubungan strategik yang erat, termasuk kerjasama dalam keselamatan dan ketenteraan.
- Ribuan rakyat Cuba dan Venezuela turun ke jalanan menentang tindakan AS yang menahan Presiden Venezuela, Nicolas Maduro, mencetuskan perdebatan dalam kalangan politikus AS.
Menurut kenyataan yang disiarkan menerusi televisyen negara pada malam Ahad, pegawai tentera dan polis terbabit sedang melaksanakan misi atas permintaan kerajaan Venezuela ketika serangan berlaku.
Butiran lanjut mengenai operasi tersebut tidak didedahkan, namun Cuba dan Venezuela diketahui mempunyai hubungan strategik yang erat sejak sekian lama, termasuk kerjasama dalam bidang keselamatan dan ketenteraan.
“Negara berkabung atas kehilangan wira-wira kami yang gugur dalam menjalankan tugas solidariti,” kata jurucakap Kementerian Luar Cuba sambil mengumumkan dua hari berkabung rasmi di seluruh negara.
Insiden itu berlaku susulan tindakan pasukan khas AS yang menahan Presiden Venezuela, Nicolas Maduro, dalam satu operasi yang mencetuskan kecaman hebat daripada sekutu-sekutu Caracas.
Ribuan rakyat Cuba dan Venezuela dilaporkan turun ke jalanan bagi membantah apa yang mereka anggap sebagai pencabulan kedaulatan negara.
Sementara itu, laporan media AS menyatakan bahawa operasi tersebut dilaksanakan tanpa kelulusan rasmi Kongres, mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan ahli politik.
Wakil Demokrat Stephen Lynch menyifatkan tindakan itu sebagai “satu bentuk pengisytiharan perang”, manakala pihak Republikan pula mempertahankan tindakan tersebut sebagai “kepimpinan berani” dalam menangani ancaman antarabangsa.
Pemerhati geopolitik menjangkakan ketegangan antara Washington dan Havana akan terus memuncak susulan insiden ini, dengan kemungkinan tindakan balas diplomatik atau ketenteraan daripada pihak Cuba dan sekutunya.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Berapakah jumlah pegawai tentera Cuba yang dilaporkan terbunuh dalam operasi ketenteraan di Venezuela baru-baru ini?
A: Seramai 32 pegawai tentera Cuba dilaporkan terbunuh dalam operasi ketenteraan di Venezuela. - Q: Apakah misi yang dilaksanakan oleh pegawai tentera dan polis Cuba di Venezuela ketika serangan berlaku?
A: Mereka sedang melaksanakan misi atas permintaan kerajaan Venezuela ketika serangan berlaku. - Q: Apakah tindakan yang diambil oleh ribuan rakyat Cuba dan Venezuela sebagai respons terhadap insiden ketenteraan tersebut?
A: Ribuan rakyat Cuba dan Venezuela turun ke jalanan untuk membantah apa yang mereka anggap sebagai pencabulan kedaulatan negara. - Q: Apakah reaksi ahli politik Amerika Syarikat terhadap operasi ketenteraan tanpa kelulusan Kongres yang dilakukan terhadap Presiden Venezuela?
A: Wakil Demokrat Stephen Lynch menyifatkan tindakan itu sebagai "satu bentuk pengisytiharan perang" manakala pihak Republikan mempertahankan tindakan tersebut sebagai "kepimpinan berani" dalam menangani ancaman antarabangsa. - Q: Apakah yang diramalkan oleh pemerhati geopolitik berkenaan ketegangan antara Washington dan Havana susulan insiden ini?
A: Pemerhati geopolitik menjangkakan ketegangan antara Washington dan Havana akan terus memuncak, dengan kemungkinan tindakan balas diplomatik atau ketenteraan daripada pihak Cuba dan sekutunya.