DUNIA
Cuba selamatkan penduduk terperangkap banjir susulan Taufan Melissa
Orang ramai meredah jalan yang ditenggelami air akibat Taufan Melissa di pesisir selatan Santiago de Cuba. - Foto AP
RIO CAUTO: Pasukan penyelamat Cuba bertungkus-lumus memindahkan ratusan penduduk yang masih terperangkap akibat banjir luar biasa susulan Taufan Melissa, termasuk kawasan yang terputus hubungan akibat limpahan Sungai Rio Cauto, pada Jumaat.
Ringkasan AI
Taufan Melissa, yang dikategorikan sebagai Taufan Kategori 3 dan antara yang terkuat pernah melanda Caribbean, membawa hujan lebat sehingga 38 sentimeter ke bahagian timur Cuba.
Sungai Rio Cauto, sungai terpanjang di negara itu, melimpah dan menenggelamkan laluan utama yang menghubungkan Havana dengan bandar-bandar timur seperti Santiago, Bayamo dan Guantanamo.
Pasukan kecemasan menggunakan bot dan kenderaan tentera untuk menyelamatkan penduduk yang terperangkap, termasuk warga emas Eduardo Verdecia, 83, yang rumahnya hampir tenggelam sepenuhnya.
“Kami sangka air akan surut bila malam tiba, tapi ia masih naik dan hujan belum berhenti,” katanya.
Setakat ini, lebih 800 orang telah dipindahkan dari kawasan berhampiran sungai, dan pihak berkuasa memberi amaran bahawa paras air mungkin terus meningkat.
Namun, mereka menegaskan empangan takungan masih dalam keadaan selamat.
Tiada kematian dilaporkan di Cuba, walaupun Taufan Melissa telah menyebabkan sekurang-kurangnya 50 kematian di Jamaica dan Haiti.
Sebelum ribut melanda, pihak berkuasa Cuba telah memindahkan lebih 735,000 orang ke pusat perlindungan, termasuk pelancong dari kawasan pantai utara.
Usaha pemulihan dijangka sukar berikutan krisis ekonomi yang berlarutan, dengan kekurangan makanan, bahan api dan ubat-ubatan terus membebani negara.
Beberapa negara termasuk Venezuela dan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menawarkan bantuan.
Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) turut menyatakan kesediaan untuk membantu, namun menurut Timbalan Pengarah Hal Ehwal AS, Johana Tablada, tiada tawaran konkrit diterima setakat ini daripada pentadbiran Presiden Donald Trump.
Ringkasan AI
- Pasukan penyelamat Cuba giat memindahkan penduduk terperangkap banjir susulan Taufan Melissa, dengan lebih 800 orang dipindahkan dan laluan utama terputus akibat limpahan Sungai Rio Cauto.
- Taufan Melissa melanda sebagai Kategori 3, membawa hujan lebat sehingga 38 cm ke timur Cuba, namun tiada kematian dilaporkan di negara itu setakat ini.
- Usaha pemulihan berdepan cabaran besar akibat krisis ekonomi, sementara beberapa negara dan agensi antarabangsa telah menawarkan bantuan, termasuk Amerika Syarikat yang belum mengemukakan tawaran konkrit.