Cukur bulu di wajah, 'gadis serigala' akhirnya jumpa cinta sejati

Agensi
Januari 9, 2018 09:05 MYT
Supatra Natty Susuphan mendedahkan dia kini telah bertemu cinta hati selepas mukanya dicukur. -Foto Daily Mail Online
Seorang remaja perempuan di Thailand yang digelar ‘Perempuan Paling Berbulu Di Dunia’ mendedahkan dia kini telah bertemu dengan cinta hati selepas membuang semua bulu di mukanya.
Supatra Natty Susuphan, 17 tahun, dalam platform media sosial miliknya, berkongsi gambar bersama suami yang jelas menunjukkan kebahagiaan di antara mereka.
Menurut laporan portal Daily Mail, Supatra menghidap penyakit yang jarang berlaku iaitu sindrom Ambras atau lebih dikenali sebagai Sindrom Serigala, di mana bulu tumbuh berlebihan di badannya.
Supatra yang berjaya memegang rekod dunia Guinness pada tahun 2010 mempunyai pertumbuhan bulu yang berlebihan di anggota badannya seperti muka, telinga, tangan, kaki dan bahagian belakang badannya.
Sebelum ini, Supatra turut melakukan rawatan laser, namun masih gagal untuk menghalang pertumbuhan bulu melampau di badannya.
#berbulu #cinta #kahwin #Muka #remaja #Sejati #Thailand