awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu kandung, bapa tiri ditahan kes dera kanak-kanak di Nilai
Pekerja ladang bebas tuduhan edar dadah lebih 77kg
PBB tuduh Israel amal dasar ‘aparteid’ di Tebing Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Curi jerung dari akuarium guna kereta sorong bayi

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
31/07/2018
21:14 MYT
Curi jerung dari akuarium guna kereta sorong bayi
Akuarium San Antonio mula mendapat perhatian orang ramai dengan kehadiran seekor jerung tanduk, bernama Helen, yang bernilai kira-kira ASD2,000. Facebook San Antonio Aquarium
SEKUMPULAN pencuri bertindak meletakkan seekor jerung tanduk ke dalam kereta sorong persis seorang bayi ketika mencurinya dari sebuah akuarium awam di San Antonio, Texas, pada Sabtu lalu.
Kegiatan itu dilakukan dua lelaki dan seorang wanita selepas rakaman litar tertutup mendapati mereka menangkap jerung sepanjang 16 inci berkenaan di sebuah kolam yang dibuka khas untuk pelawat.
Salah seorang pencuri dapat dilihat menangkap ekor jerung itu sebelum membungkusnya di dalam selimut dan meletakkannya ke dalam sebuah baldi yang disediakan di dalam kereta sorong bayi berkenaan.
Seorang kakitangan akuarium yang menyedari tindakan mereka itu cuba untuk menghalang kumpulan pencuri itu tetapi tidak sempat berbuat demikian.
Maklumat dari orang awam telah membantu polis mengenal pasti trak yang digunakan kumpulan pencuri berkenaan.
Menurut pihak berkuasa, salah seorang yang bertanggungjawab melakukan kecurian itu dianggap mempunyai pengetahuan luas tentang jerung itu berdasarkan perancangan yang mereka lakukan.
Akuarium San Antonio mula mendapat perhatian orang ramai dengan kehadiran seekor jerung tanduk, bernama Helen, yang bernilai kira-kira ASD2,000.
Bagaimanapun, menurut Facebook rasmi Akuarium San Antonio, tiga pencuri yang bertanggungjawab melakukan kejadian berkenaan telah berjaya diberkas pada Isnin.
Topic Berkaitan
#akuarium
#curi
#Facebook
#Jerung tanduk
#kereta sorong bayi
#San Antonio
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan