awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Curi kad ATM majikan, pembantu rumah didakwa bawa keluar RM47,176

Faida Rahim
Faida Rahim
28/12/2022
05:38 MYT
Curi kad ATM majikan, pembantu rumah didakwa bawa keluar RM47,176
Wanita berusia 29 tahun ini mula bekerja sebagai pembantu rumah sejak Oktober 2021 dan dibayar S$635 (RM2,088) setiap bulan. - PEXELS
SINGAPURA: Seorang pembantu rumah warga Indonesia didakwa atas kesalahan mencuri kad pengeluaran wang automatik (ATM) milik majikannya yang berusia 75 tahun.
Memetik laporan CNA, Mahkamah Singapura menjatuhkan hukuman penjara enam bulan ke atas Huriah, hari ini.
Dalam pada itu, Huriah mengaku bersalah atas satu pertuduhan bersubahat mencuri dengan tiga pertuduhan tambahan.
Wanita berusia 29 tahun ini mula bekerja sebagai pembantu rumah sejak Oktober 2021 dan dibayar S$635 (RM2,088) setiap bulan.
Menurut kenyataan Huriah kepada Mahkamah, mangsa dan keluarganya melayan Huriah dengan baik.
Pada September 2022, Huriah mendapat tahu mangsa menyimpan kad bank termasuk kad ATM UOB di dalam beg tangan milik majikannya. Mangsa turut menyimpan sebuah komputer riba mengandungi kata laluan kad bank di dalam begnya.
Sekitar 15 hingga 19 September 2022, Huriah mencuri kad UOB ketika sedang membersihkan rumah majikannya. Dia kemudian menghantar kad itu kepada rakannya, Fujirah Febri Jamaryanti, melalui perkhidmatan kurier.
Huriah dilaporkan menghasut Fujirah untuk mengeluarkan sejumlah S$14,350 (RM47,176) daripada akaun simpanan mangsa menggunakan kad itu. Tiada wang yang diperoleh dan tiada pengembalian dibuat selepas itu.
Mangsa membuat laporan polis pada Oktober 2022 mengadu wujud empat pengeluaran tanpa kebenaran daripada akaun simpanan POSB miliknya berjumlah S$3,000 (RM9,862).
Huriah telah melakukan kesalahan ini pada Oktober 2022 dalam pertuduhan yang diambil kira.
Jabatan Peguam Negara memaklumkan pelaku boleh berdepan dengan hukuman penjara sehingga tiga tahun, denda, atau kedua-duanya sekali sekiranya disabitkan bersalah atas kesemua dakwaan.
Topic Berkaitan
#pembantu rumah
#Singapura
#curi kad ATM
#Mahkamah Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan