awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cyril Ramaphosa dipilih semula sebagai Presiden Afrika Selatan

Bernama
Bernama
15/06/2024
05:00 MYT
Cyril Ramaphosa dipilih semula sebagai Presiden Afrika Selatan
Cyril Ramaphosa dipilih semula sebagai presiden Afrika Selatan untuk penggal kedua. - Gambar fail
JOHANNESBURG: Ahli Parlimen Afrika Selatan pada Jumaat malam memilih semula Cyril Ramaphosa sebagai presiden negara itu untuk penggal kedua semasa sidang pertama badan perundangan, lapor Agensi Anadolu.

Ringkasan AI
  • Cyril Ramaphosa dipilih semula sebagai presiden Afrika Selatan untuk penggal kedua oleh Ahli Parlimen pada Jumaat malam, dengan meraih 283 undi berbanding 44 undi milik Julius Malema dari parti Economic Freedom Fighters (EFF).
  • Parti African National Congress (ANC), di bawah pimpinan Ramaphosa, mendominasi pemilihan ini meskipun kehilangan majoriti mutlak dalam pilihan raya nasional baru-baru ini.
  • Ramaphosa menjanjikan kerajaan perpaduan nasional setelah mencapai perjanjian dengan beberapa parti politik lain, sambil mengajak lebih banyak parti untuk turut serta dalam kerajaan yang baru dibentuk itu.

Ramaphosa, 71, ketua parti African National Congress (ANC), menerima 283 undi mengalahkan Julius Malema dari parti Economic Freedom Fighters (EFF), yang memperoleh 44 undi.
ANC, yang pernah dipimpin oleh ikon global Nelson Mandela, mendominasi politik Afrika Selatan selama tiga dekad sebelum kehilangan majoriti dalam pilihan raya nasional pada 29 Mei.
ANC mempunyai 159 Ahli Parlimen dalam Dewan Negara yang mempunyai 400 kerusi, menjadikan sukar untuk parti itu membentuk kerajaan sendiri.
Ia mencadangkan pembentukan kerajaan perpaduan nasional.
Terdahulu pada Jumaat, ANC mencapai perjanjian untuk membentuk kerajaan perpaduan nasional dengan parti Democratic Alliance (DA), Patriotic Alliance (PA) dan Inkatha Freedom Party (IFP).
Ramaphosa mengucapkan terima kasih kepada Ahli Parlimen yang mengundinya dan berjanji untuk bekerja dan berkhidmat kepada semua rakyat Afrika Selatan.
"Saya ingin menyatakan dengan jelas, bahawa ini bukan gabungan besar dua atau tiga parti," kata Ramaphosa, sambil menambah bahawa lebih banyak parti dialu-alukan untuk secara sukarela menyertai kerajaan perpaduan nasional.
Malema sementara itu mengucapkan tahniah kepada Ramaphosa atas pemilihan semulanya dan berkata partinya akan memastikan parlimen berfungsi selain akan menjadi pembangkang yang lantang yang akan memeriksa eksekutif.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Afrika Selatan
#Cyril Ramaphosa
#Presiden Afrika Selatan
#African National Congress
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan