DUNIA
Da Nang labur lebih AS$7.6 juta dalam reka bentuk cip semikonduktor, pembangunan AI
Da Nang telah menggubal beberapa resolusi dan dasar utama bagi memperkukuh sumber manusia, infrastruktur serta perusahaan dalam sektor AI dan semikonduktor. - Adobe Stock
DA NANG: Bandar Da Nang di Vietnam pada Selasa meluluskan satu projek untuk membangunkan infrastruktur pengkomputeran bagi menyokong penyelidikan dan pembangunan dalam reka bentuk cip semikonduktor serta kecerdasan buatan (AI), dengan jumlah pelaburan melebihi 200 bilion dong (AS$7.6 juta) daripada belanjawan bandar itu.
Menurut Jawatankuasa Rakyat Bandar Da Nang, ketika dunia memasuki era AI dan semikonduktor, kuasa pengkomputeran telah menjadi faktor penentu dalam membentuk daya saing sesebuah negara dan bandar, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).
Dengan visi untuk muncul sebagai hab inovasi dan teknologi tinggi di Vietnam tengah, Da Nang telah menggubal beberapa resolusi dan dasar utama bagi memperkukuh sumber manusia, infrastruktur serta perusahaan dalam sektor AI dan semikonduktor.
Sistem pengkomputeran berprestasi tinggi (HPC) dianggap sebagai asas utama untuk merealisasikan matlamat itu.
Pelaburan dalam HPC bukan sekadar projek teknikal tetapi langkah strategik yang membolehkan Da Nang menguasai teknologi, membangunkan syarikat pemula niaga, menarik pelaburan serta menangani cabaran sosioekonomi.
Projek itu juga akan menyokong perusahaan berasaskan inovasi, syarikat pemula semikonduktor dan AI yang berpangkalan di Taman Perisian No. 2, selain menghubungkan universiti tempatan bagi memperkukuh penyelidikan dan latihan dalam reka bentuk cip dan AI.
Sistem berkenaan akan dipasang di Pusat Data di tingkat dua Bangunan ICT di Taman Perisian No. 2, Ward Hai Chau, dengan pelaksanaan dijadualkan antara 2025 hingga 2028.
-- BERNAMA