DUNIA
Daesh bunuh dua anggota tentera, jurubahasa AS dalam serangan hendap di Syria - Pentagon
Pasukan tentera tambahan AS tiba di Palmyra, Syria susulan serangan hendap oleh Daesh yang mengorbankan dua anggota tentera AS dan mencederakan beberapa yang lain. - Foto X/Todd Paron
PALMYRA: Dua anggota tentera Amerika Syarikat (AS) dan seorang jurubahasa awam warga AS terbunuh manakala tiga lagi cedera dalam satu serangan hendap oleh kumpulan Daesh di tengah Syria, menurut kenyataan Komando Pusat AS (CENTCOM).
Ringkasan AI
Serangan yang berlaku pada Sabtu itu merupakan insiden pertama melibatkan korban jiwa dalam kalangan tentera AS sejak kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad, setahun lalu.
CENTCOM memaklumkan bahawa penyerang tunggal dari Daesh telah “ditembak mati” oleh pasukan sekutu selepas melepaskan tembakan ke arah pasukan AS yang sedang menjalankan rondaan bersama tentera Syria berhampiran Palmyra, di wilayah Homs.
Setiausaha Pertahanan AS, Pete Hegseth, mengesahkan perkara itu menerusi platform X dan berkata pelaku “dibunuh oleh pasukan rakan sekutu”.
“Jika anda menyasarkan rakyat AS, di mana sahaja di dunia, anda akan diburu dan dihapuskan,” kata Hegseth.
Identiti mangsa belum didedahkan, selaras dengan dasar Pentagon yang menetapkan tempoh 24 jam selepas keluarga terdekat dimaklumkan.
Tiga pegawai tempatan memberitahu agensi berita Reuters bahawa penyerang dipercayai anggota pasukan keselamatan Syria.
Bagaimanapun, jurucakap Kementerian Dalam Negeri Syria menafikan bahawa suspek memegang jawatan kepimpinan dalam pasukan keselamatan, tanpa mengesahkan status sebenar individu terbabit.
Agensi berita rasmi Syria, SANA, melaporkan bahawa pasukan keselamatan Syria dan tentera AS diserang ketika menjalankan rondaan bersama.
Lalu lintas di lebuh raya Deir Az Zor–Damascus turut dihentikan sementara apabila pesawat tentera berlegar di ruang udara kawasan tersebut.
Helikopter AS dilaporkan telah memindahkan mangsa yang cedera ke pangkalan al-Tanf berhampiran sempadan Iraq.
Palmyra pernah ditawan oleh Daesh pada 2015 sebelum dibebaskan 10 bulan kemudian.
Ketika menguasai bandar purba itu, Daesh memusnahkan tapak arkeologi bersejarah dan menggunakan lokasi tersebut untuk hukuman mati secara terbuka.
Walaupun Daesh telah ditewaskan secara rasmi di Syria pada 2018, kumpulan itu masih melancarkan serangan sporadik tanpa menguasai sebarang wilayah tetap.
Syria kini berdepan cabaran keselamatan dan ekonomi yang berterusan setahun selepas kejatuhan rejim Assad, selepas 14 tahun dilanda perang saudara yang memusnahkan.
Ringkasan AI
- Dua anggota tentera AS dan seorang jurubahasa warga AS terbunuh dalam serangan Daesh di Syria, manakala tiga lain cedera, menurut Komando Pusat AS.
- Serangan berlaku berhampiran Palmyra, Homs, merupakan insiden pertama tentera AS terbunuh sejak kejatuhan Presiden Bashar al-Assad setahun lalu.
- Daesh, walaupun sudah ditewaskan secara rasmi pada 2018, masih melancarkan serangan sporadik di Syria, menambahkan cabaran keselamatan dan ekonomi negara selepas perang saudara yang berlarutan.