Skip to main content

Dunia

Dagestan isytihar darurat kerana hujan lebat

Emergency specialists evacuate residents from a flooded district in the city of Derbent in the Caucasus region of Dagestan, Russia, in this picture released March 28, 2026. Emergency Ministry of Dagestan/Handout via REUTERS ATTENTION EDITORS - THIS IMAGE WAS PROVIDED BY A THIRD PARTY. NO RESALES. NO ARCHIVES. MANDATORY CREDIT
Petugas kecemasan memindahkan penduduk dari sebuah daerah yang dilanda banjir di bandar Derbent, di wilayah Dagestan, Rusia. - Foto REUTERS

ISTANBUL: Darurat diisytiharkan Sabtu di bandar Makhachkala di Dagestan, Rusia susulan hujan lebat, banjir dan tanah runtuh, menurut bandar itu di Telegram, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Perkhidmatan kecemasan diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga, usaha tindak balas sedang dijalankan dan bantuan akan diberikan kepada penduduk terjejas, menurut kenyataan itu.

Advertisement

Lebih setengah juta pelanggan terputus bekalan elektrik akibat hujan lebat, menurut kenyataan.

"Masalah utama yang menghalang bekalan kuasa kepada rumah yang tidak mempunyai bekalan elektrik pada masa ini ialah banjir yang meluas. Hal Ini terutamanya menjejaskan Makhachkala dan Khasavyurt," menurut kenyataan itu, sambil menambah tiga pusat bekalan kuasa utama di ibu negara dinaiki air.

Menurut kenyataan itu, ancaman tanah runtuh telah dikeluarkan di bandar Buynaksk dan penduduk sedang dipindahkan ke kawasan lebih selamat.

Tanah runtuh berlaku di daerah Tlyaratinsky dan Tsumadinsky. Bahagian jalan yang terjejas ditutup, dan kerja-kerja sedang dijalankan," katanya.

Sebanyak 103 orang dipindahkan daripada rumah yang ditenggelami air, tambahnya.

Keadaan kewaspadaan tinggi juga diisytiharkan di seluruh wilayah Dagestan, Rusia hingga Isnin, menurut perkhidmatan akhbar Dagestan di Telegram.

Menurut kenyataan rasmi, bencana itu menyebabkan gangguan bekalan elektrik di 22 daerah perbandaran dan satu daerah bandar.

Dua jambatan kereta api runtuh di bahagian Khasavyurt-Kadiyurt Kereta Api Caucasus Utara, menurut kenyataan itu.

Disebabkan banjir di stesen kereta api Tarki di kampung Khushet, perkhidmatan tren ditunda sementara.

Sementara itu, keadaan kewaspadaan tinggi turut diumumkan di wilayah Chechnya di Rusia berikutan hujan lebat berserta angin kencang, yang menyebabkan gangguan bekalan elektrik, jambatan rosak, banjir, serta tanah runtuh dan batu, lapor agensi berita negara Tass.

Amaran ribut kekal berkuat kuasa di rantau itu hingga akhir Ahad, tambahnya.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 

Must Watch Video