awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Daish mengaku bertanggungjawab terhadap serangan bunuh diri di Pakistan

Bernama
Bernama
01/08/2023
07:38 MYT
Daish mengaku bertanggungjawab terhadap serangan bunuh diri di Pakistan
Serangan bunuh diri pada Ahad itu mengorbankan 54 mangsa manakala lebih 100 lagi cedera. - Foto REUTERS
ISLAMABAD: Kumpulan Daish pada Isnin mengaku bertanggungjawab atas serangan bunuh diri ketika perhimpunan politik di wilayah Khyber Pakhtunkhwa barat laut Pakistan, yang mengorbankan 54 mangsa manakala lebih 100 lagi cedera pada Ahad.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh kumpulan pengganas itu, pengebom Daesh melakukan serangan di konvensyen pekerja politik Jamiat Ulama-e-Islam-Fazl (JUI-F) di kawasan Khar daerah Bajaur.
Inspektor Jeneral Tambahan Shaukat Abbas memberitahu media pada Isnin bahawa sekurang-kurangnya 54 orang maut dalam serangan itu setakat ini.
"Sekurang-kurangnya 12 daripada mngsa yang terbunuh berumur di bawah 12 tahun. Pegawai perubatan bimbang angka kematian akan terus meningkat," kata pegawai itu sambil menambah lebih 80 mangsa yang cedera sedang menjalani rawatan.
Presiden Pakistan Arif Alvi dan Perdana Menteri Shahbaz Sharif mengutuk serangan itu, melahirkan rasa dukacita yang mendalam atas kehilangan nyawa, dan mengucapkan simpati kepada keluarga mangsa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#daish
#serangan bunuh diri
#Khyber Pakhtunkhwa
#Pakistan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan