awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwaan rogol, Lubnan panggil balik dutanya ke Perancis

Bernama
Bernama
09/06/2023
09:51 MYT
Dakwaan rogol, Lubnan panggil balik dutanya ke Perancis
Pihak berkuasa Perancis menggesa kekebalan diplomatik Adwan (foto) ditarik selepas kertas siasatan terhadap dakwaan rogol ke atasnya dibuka di Paris. -Twitter Association of Victims of Terrorism
BEIRUT: Lubnan pada Jumaat memanggil balik dutanya ke Perancis susulan dakwaan rogol yang dihadapinya, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Menurut Kementerian Luar Lubnan, Rami Adwan akan ke Beirut selepas satu pasukan dihantar ke Kedutaan Lubnan di Paris untuk menyiasat kes itu.
Sementara itu, Kementerian Luar Perancis dimaklumkan bahawa Ziad Taan akan mengetuai misi Lubnan di sana sebagai kuasa usaha.
Pihak berkuasa Perancis menggesa kekebalan diplomatik Adwan ditarik selepas kertas siasatan terhadap dakwaan rogol ke atasnya dibuka di Paris.
Dua bekas pekerja kedutaan memfailkan aduan terhadapnya dan aduan pertama difailkan pada Jun 2022, menurut sumber kehakiman Lubnan.
"Buat masa ini, Kementerian Luar Lubnan perlu menghantar hasil siasatan kepada badan kehakiman Lubnan dan jika ada bukti, dia akan dibicarakan di Lubnan," kata sumber itu .
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Luar
#Rami Adwan
#dakwaan rogol
#Ziad Taan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan