DUNIA
'Dalang letupan Delhi akan dibawa ke muka pengadilan' - PM Modi
Modi menegaskan bahawa agensi keselamatan India sedang menyiasat secara menyeluruh dan akan “membongkar konspirasi ini hingga ke akar umbi”. - Foto fail/REUTERS
NEW DELHI: Perdana Menteri India, Narendra Modi, berikrar bahawa semua individu yang bertanggungjawab dalam insiden letupan kereta berhampiran Kubu Merah di Delhi akan dibawa ke muka pengadilan.
Ringkasan AI
Letupan yang berlaku pada petang Isnin itu telah meragut sekurang-kurangnya 12 nyawa dan mencederakan puluhan yang lain.
“Insiden mengerikan yang berlaku di Delhi semalam amat menyayat hati. Saya memahami kesedihan keluarga mangsa. Negara ini berdiri teguh bersama mereka,” kata Modi dalam satu ucapan semasa lawatan rasmi ke Bhutan.
Beliau turut menegaskan bahawa agensi keselamatan India sedang menyiasat secara menyeluruh dan akan “membongkar konspirasi ini hingga ke akar umbi”.
Letupan berintensiti tinggi itu merupakan yang pertama seumpamanya di kawasan bersejarah dan dikawal ketat sejak lebih sedekad lalu.
Polis Delhi kini menyiasat insiden tersebut di bawah undang-undang berkaitan keganasan, dan laporan awal mengaitkan kenderaan yang meletup dengan seorang doktor berpangkalan di Kashmir yang disyaki mempunyai kaitan dengan sel militan.
Pihak berkuasa telah meningkatkan kawalan keselamatan di ibu negara, manakala pasukan forensik dan unit khas polis terus menjalankan siasatan di lokasi kejadian.
Ringkasan AI
- Perdana Menteri India, Narendra Modi, mengesahkan individu yang terlibat dalam letupan kereta di Delhi akan dihadapkan ke mahkamah.
- Letupan di Kubu Merah telah meragut 12 nyawa dan cedera ramai, menyebabkan kesedihan mendalam di India.
- Agensi keselamatan sedang menyiasat kes secara terperinci, sementara polis Delhi menjalankan siasatan di bawah undang-undang keganasan.