DUNIA
Dalang serangan bom Manchester Arena didakwa serang pegawai penjara
Lelaki berusia 28 tahun itu juga berdepan pertuduhan kelima kerana memiliki pisau tanpa kebenaran. - Gambar hiasan
LONDON: Abang kepada pelaku serangan bom Manchester Arena pada 2017 didakwa menyerang empat pegawai penjara, menurut polis pada Rabu, lapor Xinhua.
Ringkasan AI
Hashem Abedi, yang dijatuhkan hukuman penjara minimum 55 tahun pada 2020 kerana membantu merancang serangan bunuh diri itu, dituduh cuba membunuh tiga pegawai dan menyerang seorang lagi pegawai di penjara HMP Frankland pada 11 April.
Lelaki berusia 28 tahun itu juga berdepan pertuduhan kelima kerana memiliki pisau tanpa kebenaran.
Ketiga-tiga mangsa dibawa ke hospital selepas mengalami kecederaan serius susulan kejadian itu.
Polis berkata siasatan rapi telah dijalankan berhubung insiden berkenaan.
Pengebom bunuh diri Salman Abedi, 22, bertindak meletupkan bom pada akhir sebuah konsert di Manchester Arena pada 22 Mei 2017, mengorbankan 22 orang dan mencederakan ratusan yang lain.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Hashem Abedi, adik kepada pengebom Manchester Arena, didakwa cuba membunuh tiga pegawai dan menyerang seorang lagi di penjara HMP Frankland, serta memiliki pisau tanpa kebenaran.
- Serangan berlaku pada 11 April dan menyebabkan kecederaan serius kepada mangsa yang kini dirawat di hospital, dengan siasatan rapi sedang dijalankan oleh pihak polis.
- Hashem sebelum ini dijatuhkan hukuman penjara minimum 55 tahun kerana membantu merancang serangan bom bunuh diri pada 2017 yang mengorbankan 22 orang di Manchester Arena.