DUNIA
Damsyik nafi laporan cubaan bunuh Presiden Syria

Pentadbiran peralihan baharu yang dipimpin Presiden Sharaa telah dibentuk di Syria pada Januari lepas susulan kejatuhan rejim Bashar al-Assad. - Reuters
ANKARA: Syria pada Ahad menafikan laporan media yang mendakwa berlaku cubaan membunuh Presiden Ahmad al-Sharaa semasa lawatannya ke wilayah selatan Daraa, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik media tempatan.
"Tiada kebenaran dalam laporan media yang tersebar mendakwa tentera Syria dan perisikan Turki telah menggagalkan cubaan membunuh Presiden Sharaa semasa lawatannya ke Daraa," kata sumber kementerian kepada agensi berita rasmi SANA.
Bagaimanapun, SANA tidak memberikan butiran lanjut mengenai dakwaan cubaan itu.
Pentadbiran peralihan baharu yang dipimpin Presiden Sharaa telah dibentuk di Syria pada Januari lepas susulan kejatuhan rejim Bashar al-Assad.Assad, yang memerintah Syria hampir 25 tahun, melarikan diri ke Rusia pada Disember, menamatkan pemerintahan Parti Baath selama beberapa dekad sejak 1963.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami