DUNIA
AS dan Argentina capai kerangka perdagangan - White House
Pentadbiran Trump baru-baru ini menyediakan pertukaran mata wang berjumlah US$20 bilion kepada Argentina (gambar) bagi meningkatkan kecairan. - Gambar fail/REUTERS
WASHINGTON: Amerika Syarikat dan Argentina mencapai satu kerangka perdagangan yang merangkumi pengurangan tarif bagi industri utama, menurut White House pada Khamis, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Ringkasan AI
"Washington akan menghapuskan tarif timbal balas ke atas beberapa sumber asli yang tidak tersedia serta barangan tidak dipatenkan yang digunakan dalam aplikasi farmaseutikal," menurut White House.
Sementara itu, Buenos Aires "akan menyediakan akses pasaran keutamaan bagi barangan eksport AS termasuk ubat-ubatan tertentu, bahan kimia, jentera, produk teknologi maklumat, peralatan perubatan, kenderaan dan pelbagai produk pertanian."
Kerangka berkenaan turut merangkumi "unsur utama" meliputi perjanjian mengenai harta intelek, alam sekitar dan akses pasaran pertanian.
Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, kerajaan di Buenos Aires giat melobi bagi mencapai perjanjian perdagangan dengan Washington.
White House berkata AS sebelum ini memeterai perjanjian serupa dengan Ecuador, Guatemala dan El Salvador.
"Argentina telah membuka pasarannya kepada haiwan ternakan lembu dari AS, bersetuju membenarkan akses pasaran bagi ayam ternakan dari AS dalam tempoh satu tahun, dan berjanji tidak menyekat akses pasaran bagi produk yang menggunakan istilah tertentu berkaitan keju dan daging," menurut kenyataan itu.
Pentadbiran Presiden AS Donald Trump baru-baru ini menyediakan pertukaran mata wang berjumlah US$20 bilion kepada Argentina bagi meningkatkan kecairan, sementara Jabatan Perbendaharaan AS membuat pembelian peso berskala besar untuk menyokong kadar pertukaran.
Trump sebelum ini mengaitkan bantuan kepada Argentina dengan kemenangan Presiden Javier Milei dalam pilihan raya pertengahan penggal pada akhir Oktober.
Milei, yang dilihat sebagai sekutu rapat Trump meraih kemenangan dalam pilihan raya berkenaan meskipun berdepan skandal rasuah.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Amerika Syarikat dan Argentina mencapai kerangka perdagangan yang merangkumi pengurangan tarif bagi industri utama, termasuk akses pasaran bagi barangan eksport AS seperti ubat-ubatan, bahan kimia, dan peralatan perubatan.
- Perjanjian perdagangan ini turut melibatkan aspek harta intelek, alam sekitar, dan akses pasaran pertanian, dengan Argentina membuka pasaran bagi haiwan ternakan lembu dan ayam ternakan dari AS.
- Kerajaan AS menyediakan pertukaran mata wang berjumlah US$20 bilion kepada Argentina untuk meningkatkan kecairan, sementara Argentina berjanji tidak menyekat akses pasaran bagi produk tertentu dalam pertukaran bantuan.