AS dan Jepun perkukuh kerjasama bilateral

Astro Awani
April 16, 2021 23:18 MYT
Suga adalah pemimpin asing pertama mengadakan kunjungan ke White House sejak Biden mengangkat sumpah sebagai presiden. - Foto REUTERS
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) dan Jepun memperkukuhkan kerjasama bilateral dua negara.
Komitmen ini dinyatakan ketika pertemuan Presiden Amerika Joe Biden dengan Perdana Menteri Jepun, Yoshihide Suga di White House.
Suga adalah pemimpin asing pertama mengadakan kunjungan ke White House sejak Biden mengangkat sumpah sebagai presiden.
"Amerika Syarikat dan Jepun ada agenda lebih penting di masa depan, kami adalah dua negara demokrasi penting di rantau Indo-Pasifik.
"Kerjasama kami adalah penting dan saya berpandangan kami perlu meningkatkan kerjasama untuk memastikan masa depan rantau ini, kekal bebas dan sejahtera.
"Saya menanti untuk berbincang lanjut dengan perdana menteri dan pasukan kami sudah memperincikan agenda yang akan dibincangkan," katanya.
Hubungan Amerika Syarikat dan Jepun disifatkan penting bagi mengimbangi kebangkitan China.
Pertemuan ini akan menjadi platform perbincangan berhubung rantaian bekalan, bagi mengurangkan kebergantungan kepada China.
#AS #White House #China #Joe Biden #Yoshihide Suga #presiden