Darurat demam campak: Semua sekolah di Samoa diarah tutup

Agensi
November 18, 2019 11:49 MYT
Kanak-kanak dan orang awam turut dilarang berada di tempat terbuka, selain mereka diarah mengambil suntikan vaksin. - Gambar AP
Semua sekolah di Samoa diarah tutup berkuat kuasa Isnin susulan penularan wabak demam campak yang melanda negara itu.
Ia selepas kerajaan mengisytiharkan situasi darurat pada Sabtu selepas penyakit tersebut mengakibatkan sekurang-kurangnya enam penduduk maut.
Kanak-kanak dan orang awam turut dilarang berada di tempat terbuka, selain mereka diarah mengambil suntikan vaksin.
Pihak berkuasa kesihatan memaklumkan kebanyakan mangsa yang meninggal dunia berusia bawah dua tahun.
Setakat ini sebanyak 716 kes membabitkan penyakit tersebut dilaporkan.
Daripada jumlah tersebut, sekurang-kurang 100 orang masih menerima rawatan di hospital sementara 15 lagi berada di unit rawatan rapi.
#Darurat penyakit campak #maut #meninggal dunia #Penyakit campak #Samoa