awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Darurat diisytihar di Kalimantan Tengah akibat pencemaran udara dan kebakaran hutan

Bernama
Bernama
06/10/2023
08:00 MYT
Darurat diisytihar di Kalimantan Tengah akibat pencemaran udara dan kebakaran hutan
Data yang dikumpul dari 1 Jan hingga 2 Okt menunjukkan sejumlah 38,104 titik panas yang dikesan di rantau itu. - Foto FB Sekretariat Daerah Kalteng
JAKARTA: Pihak berkuasa di Kalimantan Tengah, Indonesia mengisytiharkan darurat selama 10 hari mulai Jumaat (6 Okt), berikutan pencemaran udara yang teruk hingga mengurangkan jarak penglihatan akibat kebakaran hutan dan tanah yang berterusan, kata Gabenor H. Sugianto Sabran.
Beliau berkata indeks pencemaran udara mencapai tahap berbahaya pada 3 Okt, dengan jarak penglihatan menurun kepada kurang daripada 1,500 meter pada 2 Okt akibat asap tebal.
"Data yang dikumpul dari 1 Jan hingga 2 Okt menunjukkan sejumlah 38,104 titik panas yang dikesan di rantau ini.
"Ini telah menyebabkan 3,230 kejadian kebakaran hutan dan tanah, manakala usaha memadam kebakaran setakat ini mencecah 9,137 hektar tanah," katanya dalam satu kenyataan.
Bagi menangani isu ini, pihak berkuasa telah memperuntukkan sebanyak 110 bilion rupiah (kira-kira RM33 juta), untuk mempergiatkan operasi memadam kebakaran dan menyediakan perkhidmatan kesihatan bergerak kepada penduduk yang terjejas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jerebu
#Kalimantan Tengah
#kebakaran hutan
#Indonesia
#isytihar darurat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan