awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MBSB IB jangka pertumbuhan ekonomi Malaysia 4.3 peratus pada 2026
Zelenskyy lantik ketua risikan tentera terajui pentadbiran Presiden dalam rombakan besar
Trump rancang ubah suai ‘padang golf Presiden’ walaupun belum pernah bermain di situ
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Darurat diisytihar di Sudan, kerajaan dibubarkan

Agensi
Agensi
25/10/2021
12:28 MYT
Darurat diisytihar di Sudan, kerajaan dibubarkan
Abdul Fattah Burhan berkata, perbalahan antara parti politik menyebabkan pihaknya terpaksa campur tangan dan beliau berjanji akan memastikan proses peralihan negara mengikut lunas demokrasi. - AP
KHARTOUM: Ketua Majlis Tertinggi Sudan pada Isnin mengisytiharkan pelaksanaan darurat sekali gus membubarkan sistem pemerintahan negara itu.
Ia beberapa jam selepas pasukan tenteranya menahan bekas Perdana Menteri, Abdalla Hambdok dan menceroboh sistem internet dalam rampasan kuasa tersebut.
Abdul Fattah Burhan berkata, perbalahan antara parti politik menyebabkan pihaknya terpaksa campur tangan dan beliau berjanji akan memastikan proses peralihan negara mengikut lunas demokrasi.
“Kita mengambil langkah-langkah ini demi melestarikan perjalanan revolusi Sudan sehingga semua sasaran tercapai.
“Ia sebagai mendorong negara ke arah yang benar-benar mengikut kepada lunas demokrasi melalui pilihan raya yang bebas dan telus.
“Jadi, untuk memperbaiki perjalanan revolusi, hal-hal berikut telah diputuskan. Yang pertama adalah dengan pengisytiharan darurat di seluruh negara,” ujarnya.
BACA: PM Sudan dan 4 menteri ditahan
Jelasnya, kerajaan teknokrat baharu akan mengambil alih sementara Sudan sehingga proses pilihan raya selesai.
Terdahulu, Abdalla Hamdok yang dikenakan tahanan rumah dibawa oleh pihak tentera ke lokasi yang tidak diketahui.
Stesen televisyen tempatan, Al-Hadath TV melaporkan beberapa pemimpin negara turut ditahan.
Susulan itu, ribuan orang awam berhimpun di jalanan membantah rampasan kuasa kumpulan tentera.
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri
#majlis tertinggi
#Sudan
#Abdalla Hamdok
#darurat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan