awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op PeWA: Rohingya, Indonesia antara warga asing paling ramai dikenakan tindakan JPJ
SPRM tahan Pengerusi IJM Corp, bantu siasatan tadbir urus, aset luar negara RM2.5 bilion
Permohonan Paul Yong untuk semak sabitan, hukuman kes rogol ditolak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Darurat kesihatan diumum di Nias Selatan akibat malaria, denggi

Bernama
Bernama
16/08/2024
09:15 MYT
Darurat kesihatan diumum di Nias Selatan akibat malaria, denggi
Indonesia, menduduki tempat kedua dalam kes malaria di Asia selepas India, menyumbang kira-kira dua peratus kepada kes malaria global. - Gambar/ Reuters
Darurat selama 14 hari diisytihar di Nias Selatan di Sumatera Utara, Indonesia bagi menangani krisis kesihatan susulan wabak malaria dan denggi di kawasan berkenaan.
Menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia, sebanyak 562 kes malaria dan demam denggi dilaporkan di Nias Selatan antara Januari hingga Julai tahun ini.
Jurucakap BNPB, Abdul Muhairi dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, pengisytiharan darurat sehingga 23 Ogos itu merangkumi tujuh mukim termasuk Simauk, Tanah Masa dan Hibala, serta penempatan di empat pulau berhampiran.
Wabak itu turut mengakibatkan lapan kematian, manakala 554 pesakit menerima rawatan dan sembuh, katanya.
"Pihak berkuasa sedang menjalankan usaha pembersihan dan meningkatkan kesedaran awam untuk mengekang penularan penyakit, sementara pegawai kesihatan sedang menaik taraf peralatan perubatan bagi meningkatkan penjagaan kesihatan," kata Abdul Muhairi.
Indonesia, menduduki tempat kedua dalam kes malaria di Asia selepas India, menyumbang kira-kira dua peratus kepada kes malaria global.
Memetik data Kementerian Kesihatan, Abdul Muhairi berkata penurunan kes malaria pada 2023, dengan 418,546 kes dilaporkan berbanding 443,530 pada 2022.
Sementara itu, ujian malaria meningkat kepada 3.5 juta pada 2023, berbanding 3.3 juta pada tahun sebelumnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nias Selatan
#Sumatera
#darurat kesihatan
#malaria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan