INTERNATIONAL
Dasar pemulangan senjata api, New Zealand yakin lebih selamat
Noel Womersley dari rumah sembelihan Canterbury Homekill, menunjukkan senapang yang digunakannya untuk berburu di ladangnya di pinggir Christchurch, New Zealand, 28 Mac, 2019. REUTERS/Fail
Pihak berkuasa New Zealand yakin Negara Kiwi itu berupaya menjadi tempat yang lebih selamat untuk semua.
Harapan itu susulan dasar baharu negara itu untuk mengehadkan penggunaan senjata automatik, sejak terjadinya tragedi serangan tembakan rambang di masjid Christchurch Mac lalu.
Menerusi dasar berkenaan, lebih 50,000 senjata api diserahkan kepada pemerintah dan pihak berkuasa.
Dasar itu menyaksikan pihak berkuasa melancarkan skim pembelian semula senjata daripada pemilik dari kalangan orang awam.
Menteri Polis Negara, Stuart Nash, berkata kira-kira 32,000 penduduk telah menyerahkan semula senjata mereka sehingga detik kempen berakhir pada tengah malam Jumaat.
Skim berkenaan menyaksikan pemilik senjata akan diberikan wang tunai.
Kerajaan juga memberi jaminan tidak akan mengenakan sebarang tindakan kepada mana-mana pihak yang menyerahkan senjata yang diperoleh secara haram.
#masjid
#New Zealand
#senjata api
#serangan Christchurch
#skim pemulangan senjata api
#stuart nash
#tembakan rambang