Datuk Bandar Bandung tersenarai 50 pemimpin terbaik majalah Fortune

Azyyati Ahmad
April 20, 2018 20:58 MYT
Ridwan menggunakan kemahiran beliau dalam teknologi dengan menghasilkan 400 aplikasi bagi menyelesaikan masalah bandar dengan hampir 3 juta penduduk itu. Instagram.com/RidwanKamil
DATUK Bandar Bandung, Ridwan Kamil terpilih sebagai antara 50 pemimpin terbaik oleh majalah antarabangsa Fortune.
Dalam senarai tokoh dunia berpengaruh itu, Ridwan berada di tangga ke-48.
Menurut Fortune, Ridwan dipilih kerana kejayaannya membawa perubahan signifikan kepada Kota Bandung.
Ridwan yang berkelulusan arkitek itu juga menggunakan kemahiran beliau dalam teknologi dengan menghasilkan 400 aplikasi bagi menyelesaikan masalah bandar yang berpopulasi hampir 3 juta penduduk itu.
Salah satu inovasi beliau yang turut mendapat perhatian dunia adalah kewujudan pusat kendali masalah di bandar, iaitu Bandung Command Centre (BCC).
Sementara itu, dalam senarai 50 pemimpin terbaik itu, Fortune menobatkan pelajar-pelajar dari sekolah Marjory Stoneman Douglas di tangga pertama dan Presiden Korea Selatan di tangga keempat.
#50 pemimpin terbaik #aplikasi #bandung #Fortune #inovasi #majalah antarabangsa #pemimpin #Ridwan Kamil