[TERKINI] AS Turunkan Tarif ke 19% Terhadap Malaysia – Semak Laporan Penuh Di Sini
DUNIA

David Beckham dikurnia gelaran 'Sir'

Astro Awani 14/06/2025 | 09:10 MYT
David Beckham (foto) dikurniakan gelaran Sir sebagai penghormatan atas sumbangannya dalam sukan dan kerja amal, dua dekad selepas menerima OBE pada tahun 2003. -Gambar fail/Reuters
LONDON: Bekas kapten bola sepak England dan ikon fesyen global, David Beckham, telah dikurniakan gelaran ‘Sir’ pada Jumaat sebagai penghormatan di atas sumbangannya dalam sukan dan kerja amal.


Ringkasan AI
  • David Beckham dikurniakan gelaran Sir sebagai penghormatan atas sumbangannya dalam sukan dan kerja amal, dua dekad selepas menerima OBE pada tahun 2003.
  • Turut menerima gelaran kehormat ialah Roger Daltrey, Gary Oldman, Pat Barker dan Elaine Page atas pencapaian masing-masing dalam muzik, lakonan dan kesusasteraan.
  • Victoria Beckham, isteri David, sebelum ini menerima OBE dan bergelar Lady Beckham atas sumbangannya dalam industri fesyen.


Bekas pemain Manchester United dan Real Madrid itu menerima anugerah tersebut selepas hampir dua dekad sejak pertama kali diberi penghormatan sebagai Pegawai Order of the British Empire (OBE) pada 2003.

"Saya tidak pernah menyangka akan menerima penghormatan ini. Ia amat mengujakan dan saya bersyukur kerana dapat melakukan sesuatu yang memberi kepuasan kepada saya," kata Beckham dalam kenyataan kepada Press Association.

Turut menerima gelaran kebesaran dan kehormat daripada Raja Britain, Raja Charles III adalah penyanyi kumpulan rock terkenal "The Who" Roger Daltrey, dan aktor pemenang Oscar, Gary Oldman.

Beckham, 50, terkenal bukan sahaja dalam dunia bola sepak tetapi juga dalam bidang fesyen dan perniagaan.

Isterinya, Victoria Beckham, yang sebelum ini menganggotai kumpulan pop Spice Girls, turut memegang gelaran ‘Lady Beckham’ selepas menerima OBE bagi sumbangannya dalam industri fesyen.

Dalam senarai penghormatan kali ini, pengarang terkenal Pat Barker dan bintang pentas Elaine Page turut dianugerahkan gelaran ‘Dame’.






#David Beckham #Raja Charles III #gelaran Sir #Manchester United #Real Madrid #Victoria Beckham