awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Debat Presiden AS tarik 57.5 juta penonton TV - Data Nielsen

Astro Awani
Astro Awani
11/09/2024
22:45 MYT
Debat Presiden AS tarik 57.5 juta penonton TV - Data Nielsen
Debat malam Selasa itu merupakan kali pertama calon-calon dalam Pilihan Raya Presiden 5 November bertemu secara bersemuka. - Foto REUTERS
PHILADELPHIA: Debat Presiden Amerika Syarikat (AS) antara Naib Presiden Demokrat, Kamala Harris dan calon Republikan Donald Trump menarik 57.5 juta penonton di tujuh rangkaian televisyen.
Angka itu adalah menurut data awal Nielsen yang dikeluarkan pada Rabu.
Debat malam Selasa itu merupakan kali pertama calon-calon dalam Pilihan Raya Presiden 5 November bertemu secara bersemuka.
Angka tontonan itu mengatasi kira-kira 51 juta orang yang menyaksikan Trump berdebat dengan calon Presiden Joe Biden pada bulan Jun.
Bagaimanapun ia tidak menunjukkan keseluruhan tontonan dalam talian yang semakin popular apabila penonton televisyen tradisional menurun.
Ia juga tidak menggambarkan penonton yang menonton debat itu di bar dan restoran.
Penonton televisyen paling tinggi dalam sejarah untuk Debat Presiden direkodkan pada 2016, apabila 84 juta orang menonton calon Demokrat Hillary Clinton berdebat dengan Trump.
Topic Berkaitan
#Debat Presiden AS
#Kamala Harris
#Donald Trump
#rangkaian televisyen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan