Dedah maklumat sensitif doktor, Menteri Kesihatan Poland letak jawatan

Bernama
Ogos 9, 2023 04:07 MYT
Perdana Menteri Poland Mateusz Morawiecki (gambar) berkata beliau telah menerima peletakan jawatan Menteri Kesihatan Adam Niedzielski. - Gambar fail/REUTERS
WARSAW: Perdana Menteri Poland Mateusz Morawiecki pada Selasa berkata beliau telah menerima peletakan jawatan Menteri Kesihatan Adam Niedzielski yang mencetuskan kemarahan dengan mendedahkan maklumat sensitif mengenai seorang doktor, lapor Xinhua.
Pada Khamis, penyiar swasta Poland menyiarkan rakaman pesakit di bandar Poznan yang tidak dapat menerima ubat penahan sakit kerana peraturan preskripsi baharu.
Seorang doktor mengulas keadaan itu berkata beliau tidak dapat memberikan ubat yang diperlukan.
Niedzielski kemudiannya menerbitkan data peribadi doktor itu di media sosial, bersama dengan dakwaan bahawa beliau telah menetapkan ubat larangan itu atas namanya sendiri.
Doktor itu kemudian mengeluarkan notis undang-undang pada Isnin menuntut permohonan maaf dan pembayaran ganti rugi sebanyak 100,000 zloty (AS$24,60) oleh Niedzielski, lapor media tempatan.
-- BERNAMA
#Menteri Kesihatan Poland #letak jawatan #Adam Niedzielski #Mateusz Morawiecki