AS dedah video tentera jatuhkan bantuan dari udara

Astro Awani
Mac 6, 2024 01:00 MYT
Bantuan yang diberikan termasuk 60 bungkusan makanan yang boleh dibekalkan kepada lebih 36,800 orang awam. - Foto REUTERS
GAZA: Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) mendedahkan video pada Selasa menunjukkan anggota tentera udaranya sedang jatuhkan bantuan kemanusiaan untuk penduduk Gaza.
Jabatan Pertahanan berkata operasi itu dijalankan dengan kerjasama Jordan.
Menurutnya, bantuan yang diberikan termasuk 60 bungkusan makanan yang boleh dibekalkan kepada lebih 36,800 orang awam.
Bantuan itu menyusul desakan Setiausaha Negara AS Antony Blinken kepada Menteri Kabinet Perang Israel, Benny Gantz pada mesyuarat mereka pada Selasa bahawa Israel perlu bertindak segera untuk membenarkan lebih banyak bantuan ke Gaza.
#bantuan kemanusiaan #Gaza #bungkusan makanan #orang awam