INTERNATIONAL
Deklarasi KL, ACV 2045 penanda aras era baharu ASEAN - Setiausaha Agung

Anwar menyerahkan Deklarasi Kuala Lumpur mengenai ASEAN 2045 kepada Dr Kao Kim Horn pada majlis menandatangani Deklarasi Kuala Lumpur mengenai ASEAN 2045: Masa Depan Kita Bersama di KLCC hari ini. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Deklarasi Kuala Lumpur dan Visi Komuniti ASEAN 2045 (ACV 2045) yang ditandatangani dan diterima pakai oleh para pemimpin ASEAN hari ini menandakan permulaan dimensi baharu yang berani bagi blok serantau itu dalam merangka pelan strategik jangka panjang yang amat penting bagi menghadapi ketidaktentuan global yang semakin meningkat, kata Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn.
Beliau berkata Deklarasi Kuala Lumpur dan ACV 2045 secara kolektif merupakan visi jangka panjang 20 tahun pertama yang pernah diterima pakai oleh para pemimpin ASEAN -- ASEAN 2045: Masa Depan Bersama Kita" -- satu pendekatan baharu yang signifikan berbanding kerangka jangka pendek sebelum ini.
"Terdapat perbezaan besar dari segi inisiatif; fasa pertama (visi terdahulu) dimulakan oleh Malaysia. Dan kali ini juga, Malaysia telah terlibat sejak awal sebagai pengerusi bersama sehingga ke akhirnya....negara ini menerajui keseluruhan proses," katanya kepada Bernama di luar sidang Kemuncak ASEAN ke-46 di sini.
Menyifatkan ACV 2045 sebagai "sangat berani" dan "strategik", Kao berkata wawasan jangka panjang itu amat tepat pada masanya memandangkan ia diperkenalkan ketika dunia sedang berdepan pelbagai gangguan global, termasuk dinamika politik dan keselamatan, kesan pasca pandemik COVID-19 serta krisis iklim yang semakin meruncing.Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami