awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ancaman buaya ketika banjir paksa penduduk berpindah ke PPS
Piala Super Sepanyol: Barcelona mara ke final dengan bergaya, idam aksi El Clasico
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS, mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Delcy Rodriguez angkat sumpah sebagai Presiden interim Venezuela

Agensi
Agensi
05/01/2026
22:40 MYT
Delcy Rodriguez angkat sumpah sebagai Presiden interim Venezuela
Delcy Rodriguez menghadiri majlis angkat sumpah sebagai Presiden interim Venezuela di Majlis Perundangan Kebangsaan, di Caracas, pada Isnin. - Gambar Reuters
CARACAS: Naib Presiden merangkap Menteri Minyak Venezuela, Delcy Rodriguez secara rasmi mengangkat sumpah sebagai Presiden interim negara itu.
Upacara berlangsung di hadapan abangnya, Jorge Rodriguez yang juga Speaker Majlis Perundangan Kebangsaan.
Rodriguez, 56, seorang peguam buruh yang dikenali rapat dengan sektor swasta dan setia kepada parti pemerintah, kini memikul tanggungjawab besar ketika negara berdepan krisis politik yang semakin meruncing.
Langkah ini berlaku susulan penahanan Presiden Nicolas Maduro oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) yang mencetuskan kejutan di seluruh dunia.
Maduro ditahan ketika berada di luar negara, dalam operasi yang disifatkan Washington sebagai tindakan berasaskan undang-undang antarabangsa.
Namun, Caracas menolak dakwaan itu, menyifatkan penangkapan seorang ketua negara sebagai pencabulan kedaulatan dan berpotensi mengganggu kestabilan politik global.
Kerajaan sementara Venezuela segera menuntut pemulangan Maduro, sambil mengajak kerjasama “berdasarkan hubungan hormat” dengan Washington.
Anak Maduro, Nicolas Maduro Guerra memberi amaran bahawa tindakan ini boleh menjadi preseden berbahaya, bukan sahaja kepada Venezuela tetapi juga kepada sistem politik antarabangsa.
Beliau menegaskan, penahanan seorang pemimpin yang sah dipilih rakyat membuka ruang kepada ketidakstabilan yang sukar diramal.
Situasi ini turut menarik perhatian Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), yang mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan implikasi geopolitik.
Pegawai tertinggi PBB memberi amaran bahawa tindakan unilateral oleh Amerika Syarikat mungkin melanggar prinsip undang-undang antarabangsa dan Piagam PBB.
Dunia kini menunggu langkah seterusnya daripada Washington dan Caracas, sementara ketegangan politik Venezuela terus menjadi tumpuan global. - Agensi
Topic Berkaitan
#Venezuela
#Delcy Rodriguez
#angkat sumpah
#Presiden interim Venezuela
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan