DUNIA
Delegasi Turkiye lawat Pakistan untuk bincang gencatan senjata dengan Afghanistan - Erdogan
Erdogan (tengah) dilihat bersama Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev (kanan) dan Perdana Menteri Pakistan Muhammad Shehbaz Sharif ketika berada di Baku, 8 Nov 2025. (Foto AP)
ANKARA: Satu delegasi Turkiye yang terdiri daripada menteri luar, menteri pertahanan dan Ketua Organisasi Perisikan Negara (MIT) akan melawat Pakistan minggu depan bagi membincangkan gencatan senjata dengan Afghanistan, kata Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan pada Ahad, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Ringkasan AI
Pada Rabu, portal Tolo News melaporkan bahawa pusingan ketiga rundingan antara Afghanistan dan Pakistan telah bermula di Istanbul, bertujuan mencari penyelesaian untuk mengurangkan insiden pertembungan di sempadan, mencegah serangan rentas sempadan dan memperkukuh kerjasama dalam memerangi keganasan.
"Ketika ini, penglibatan kami dalam proses ini sedang berjalan dengan baik. Kami berharap hasilnya akan positif. Minggu depan, Menteri Luar Hakan Fidan, Menteri Pertahanan Negara Yasar Guler dan Ketua Perisikan Ibrahim Kalin akan melawat Pakistan.
Selepas membincangkan isu-isu ini di lapangan, mereka diharap dapat menyelesaikan proses yang bermula di Doha dan Ankara," kata Erdogan kepada wartawan dalam penerbangan pulang dari Azerbaijan.
Erdogan berkata Turkiye terus menyeru kedua-dua pihak supaya menunjukkan sikap berhemah dan berharap agar gencatan senjata serta keamanan berkekalan dapat dicapai antara dua negara jiran itu.
Ketegangan di sepanjang Garisan Durand, sempadan pertikaian antara Pakistan dan Afghanistan, meningkat sejak pertengahan Oktober selepas Kabul mendakwa Islamabad menceroboh ruang udaranya dan melancarkan serangan ke wilayah Afghanistan.
Kementerian Pertahanan Afghanistan mendakwa pihaknya berjaya melancarkan "operasi serang balas" terhadap Pakistan. Pertempuran disambung semula pada 15 Oktober, dan selepas serangan udara, Afghanistan mengisytiharkan kesiapsiagaan penuh tenteranya di sepanjang Garisan Durand.
Pada 19 Oktober, Kementerian Luar Qatar memaklumkan bahawa Pakistan dan Afghanistan telah bersetuju melaksanakan gencatan senjata segera dalam rundingan di Doha. Bagi memastikan keberkesanan dan pemantauan pelaksanaan gencatan itu, kedua-dua negara bersetuju mengadakan pertemuan susulan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Turkiye akan hantar delegasi tinggi ke Pakistan minggu depan bagi membincangkan gencatan senjata dengan Afghanistan.
- Rundingan ketiga antara Afghanistan dan Pakistan di Istanbul bertujuan mengurangkan pertembungan di sempadan dan memperkukuh kerjasama dalam memerangi keganasan.
- Ketegangan di sempadan Pakistan-Afghanistan meningkat sejak Oktober, dengan Kabul mendakwa serangan Pakistan ke wilayahnya.