awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi dikebumikan di selatan Tripoli
Potret syiling Ratu Elizabeth II undang kritikan di Australia
Lil Jon dan ibu luah rasa hancur hati susulan kematian anak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Delhi kerah bot bermotor, 'waterjet' bersihkan Sungai Yamuna

Astro Awani
Astro Awani
02/11/2024
00:00 MYT
Delhi kerah bot bermotor, 'waterjet' bersihkan Sungai Yamuna
Sungai Yamuna dilitupi buih tebal seperti sabun, hanya beberapa hari sebelum ribuan orang bersedia untuk melakukan mandian suci di sungai itu. - Foto AP
NEW DELHI: India mengerahkan bot bermotor, penyembur air bertekanan tinggi (waterjet) untuk menjalankan aktiviti pembersihan Sungai Yamuna pada Jumaat.
Tindakan itu dilakukan susulan pencemaran sungai yang berlaku sehingga menyebabkan landskap akuatiknya tandus dan buih toksik menyelubungi permukaannya.
Fenomena itu berlaku susulan pembuangan bahan kimia, sisa industri dan sisa kumbahan yang tidak dirawat ke dalam sungai.
Rakaman dron menunjukkan sungai tersebut mengalir melalui New Delhi dengan dilitupi buih tebal seperti sabun, hanya beberapa hari sebelum ribuan orang bersedia untuk melakukan mandian suci di sungai itu sebagai sebahagian daripada ritual agama Hindu dan persiapan untuk perayaan 'Chhath Puja’.
Sungai Yamuna merupakan sungai suci bagi penganut Hindu.
Untuk rekod, New Delhi sahaja menghasilkan 3.6 bilion liter sisa kumbahan setiap hari.
Namun disebabkan pengurusan yang lemah, kurang daripada separuh sisa tersebut dirawat secara efektif.
Baki sisa yang tidak dirawat kemudian dibuang ke dalam Sungai Yamuna.
Topic Berkaitan
#Sungai Yamuna
#pencemaran
#buih toksik
#mandian suci
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan