DUNIA
Delhi teliti permohonan ekstradisi Hasina, Dhaka menanti jawapan
Bangladesh mengemukakan permohonan baharu kepada India selepas keputusan terkini Tribunal Jenayah Antarabangsa-1 terhadap Hasina. - Gambar fail/ Reuters
DHAKA: India pada Rabu mengesahkan menerima permohonan Bangladesh untuk ekstradisi bekas Perdana Menteri Sheikh Hasina dan menyatakan bahawa permohonan itu kini sedang diteliti, lapor United News of Bangladesh (UNB).
"Ya, kami telah menerima permohonan itu dan ia sedang diperiksa," kata Jurucakap Kementerian Hal Ehwal Luar India (MEA), Randhir Jaiswal ketika menjawab pertanyaan pada sesi taklimat berkala di New Delhi.
Beliau berkata India, menerusi proses kehakiman dan undang-undang dalaman yang sedang berlangsung, kekal berpegang kepada kepentingan terbaik rakyat Bangladesh termasuk dari segi keamanan, demokrasi, keterangkuman dan kestabilan.
Jurucakap MEA itu turut menegaskan bahawa India akan terus berinteraksi secara "membina" dengan semua pihak berkepentingan bagi mencapai matlamat itu.
Terdahulu, Penasihat Hal Ehwal Luar Bangladesh, Md Touhid Hossain berkata Dhaka menjangkakan jawapan daripada India berhubung permohonan terbaharu untuk mengekstradisi Hasina yang telah disabitkan kesalahan.
Bangladesh mengemukakan permohonan baharu kepada India selepas keputusan terkini Tribunal Jenayah Antarabangsa-1 terhadap Hasina.
Menurut Hossain, nota diplomatik (note verbale) itu dihantar kepada Kementerian Hal Ehwal Luar India melalui Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di New Delhi.
-- BERNAMA