awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Deloitte berhentikan 1,200 pekerja

Agensi
Agensi
24/04/2023
08:11 MYT
Deloitte berhentikan 1,200 pekerja
Beberapa firma kewangan telah mengurangkan pekerjaan dalam beberapa bulan kebelakangan ini termasuk Wall Street, pengurus aset dan fintech. - WIKIPEDIA - Deloitte
NEW YORK: Firma audit Deloitte dilaporkan bakal melakukan pengurangan pekerja melibatkan seramai 1,200 orang mewakili 1.5 peratus pekerjanya di Amerika Syarikat (AS).
Dalam sebuah kenyatan kepada Reuters, risiko pemberhentian dilaporkan melibatkan pekerja di bawah sektor perniagaan penasihat kewangan yang terjejas akibat penurunan hasil aktiviti gabungan dan pengambilalihan.
"Perniagaan kami di AS terus mengalami permintaan pelanggan yang kukuh. Disebabkan pertumbuhan sederhana dalam amalan tertentu, kami mengambil tindakan kakitangan yang sederhana jika perlu," kata Deloitte dalam satu kenyataan melalui e-mel kepada Reuters.
Awal minggu lalu, syarikat pesaing Deloitte, Ernst & Young dilaporkan mengurangkan lima peratus daripada tenaga kerja di Amerika Syarikat.
Februari lalu, firma kewangan KPMG juga mengumumkan rancangan memberhentikan 700 pekerja.
Beberapa firma kewangan telah mengurangkan pekerjaan dalam beberapa bulan kebelakangan ini termasuk Wall Street, pengurus aset dan fintech. Keputusan itu diambil di tengah-tengah ketidaktentuan makroekonomi yang memberi tekanan kepada pengguna dan mengurangkan permintaan untuk beberapa perniagaan utama.
Deloitte adalah sebahagian daripada firma perakaunan Big Four yang merangkumi EY, KPMG dan PricewaterhouseCoopers.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Deloitte
#firma audit
#berhentikan pekerja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan