awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Demam denggi landa negeri selatan India Karnataka, Delhi pula catat 240 kes

Bernama
Bernama
07/07/2024
14:02 MYT
Demam denggi landa negeri selatan India Karnataka, Delhi pula catat 240 kes
Demam denggi melanda beberapa bahagian di negeri selatan India, Karnataka, dengan hampir tujuh orang disyaki meninggal dunia akibat penyakit itu dan lebih 7,000 kes direkodkan. - Gambar hiasan/Pixabay
NEW DELHI: Demam denggi melanda beberapa bahagian di negeri selatan India, Karnataka, dengan hampir tujuh orang disyaki meninggal dunia akibat penyakit itu dan lebih 7,000 kes direkodkan, menurut seorang pegawai Jabatan Kesihatan negeri, lapor Xinhua.
Lebih 1,000 kes didaftarkan di ibu negeri Bengaluru sahaja.
Antara daerah yang teruk terjejas oleh demam denggi ialah Hassan, Chikmagalur, Bengaluru dan Mysore.
Memandangkan jumlah kes demam denggi yang semakin meningkat, ahli parlimen persekutuan dari kawasan luar bandar Bengaluru dan pakar kardiologi terkenal C.N. Manjunath menggesa kerajaan negeri untuk mengisytiharkan demam denggi sebagai "darurat perubatan negeri".
Beliau memberi amaran bahawa jika pembiakan nyamuk tidak dikawal, ia juga boleh membawa kepada penyakit Chikungunya, Zika dan penyakit berbahaya lain.
Laporan media memetik ahli parlimen itu sebagai berkata, "Kes meningkat hampir 7,000 di negeri ini dengan kira-kira enam hingga tujuh kematian. Hassan, Chikmagalur, Bengaluru, dan Mysore, antara daerah lain yang menyaksikan peningkatan mendadak dalam kes denggi. Kerajaan perlu mengisytiharkan darurat perubatan negeri untuk mengawal jangkitan ini."
Sementara itu, ibu negara New Delhi juga menyaksikan penularan wabak denggi, dengan sejumlah 240 kes dicatatkan sehingga Sabtu malam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#demam denggi
#selatan India
#Karnataka
#Delhi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan