Demam Labubu melanda London sempena Hari Bujang, AliExpress anjur siaran langsung beli-belah

Seorang pempengaruh merakam gambar paparan koleksi mainan Pop Mart menggunakan telefon bimbit semasa pratonton media di kedai pop-up AliExpress di London. - Foto REUTERS
LONDON: Demam koleksi patung Labubu melanda London sempena sambutan Hari Bujang apabila platform e-dagang AliExpress menganjurkan siaran langsung beli-belah yang menarik perhatian ribuan peminat.
Ringkasan AI
- Demam koleksi patung Labubu melanda London sempena Hari Bujang disebabkan siaran langsung beli-belah oleh AliExpress yang menarik ribuan peminat.
- Patung popular keluaran Pop Mart dijual dalam kotak buta, mengekalkan elemen kejutan bagi pembeli sehingga dibuka.
- AliExpress berganding dengan personaliti media sosial terkenal untuk acara siaran langsung, menjangkakan lebih 10,000 unit patung terjual menjelang 14 November, menjadikan kempen ini berjaya di UK.
Williams, yang mempunyai lebih 1.3 juta pengikut di TikTok, membantu memacu jualan dengan demonstrasi produk dan interaksi langsung bersama penonton.
Syarikat itu menjangkakan lebih 10,000 unit patung akan terjual menjelang 14 November, menjadikan acara ini sebagai salah satu kempen beli-belah paling berjaya di UK bagi jenama Pop Mart.
Strategi ini dilihat sebagai usaha AliExpress membawa fenomena beli-belah Hari Bujang dari China ke pasaran global, sambil memanfaatkan populariti budaya koleksi dan siaran langsung interaktif.
Pop Mart, syarikat berpangkalan di Beijing, kini mencatat lonjakan pendapatan hasil daripada kegilaan global terhadap produk mereka, dan dilihat mengikuti jejak strategi jenama seperti Disney untuk memperkukuh pertumbuhan jangka panjang.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


